DUNIA
Perang ubah hala tuju dunia, pemimpin global bertemu di Tianjin cari penyelesaian ‘business must go on’

Dikenali sebagai ‘Summer Davos’, sidang ini memberi tumpuan kepada inovasi dan semangat keusahawanan sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi yang mampu mengatasi kesan peperangan, sekatan ekonomi, gangguan rantaian bekalan. - Gambar WEF
TIANJIN, CHINA: Ketika perang terus berkecamuk di Asia Barat khususnya melibatkan ketegangan Israel dan Iran dan campus tangan negara nuklear, Amerika Syarikat, dunia harus melihat cara untuk pastikan ‘business must go on’ lancar.
Di tengah ketidaktentuan geopolitik yang kian meningkat, lebih 1,700 pemimpin dunia dalam bidang politik, perniagaan dan akademik berkumpul di Tianjin, China bagi menghadiri Mesyuarat Tahunan Juara Baharu 2025 anjuran Forum Ekonomi Dunia — sidang kemuncak penting yang bertujuan mencari jalan menuju pertumbuhan mampan dalam dunia yang terbelah.
Dengan tema "Keusahawanan untuk Era Baharu", mesyuarat tahun yang juga dikenali sebagai ‘Summer Davos’ ini memberi tumpuan kepada inovasi dan semangat keusahawanan sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi yang mampu mengatasi kesan peperangan, sekatan ekonomi, gangguan rantaian bekalan dan peningkatan proteksionisme.
Perdana Menteri China, Li Qiang, dijadual menyampaikan ucapan pembukaan, menandakan permulaan kepada perbincangan selama tiga hari yang menjangkaui isu teknologi, tenaga, dasar perdagangan dan ekonomi serantau.Antara pemimpin yang turut hadir ialah:
* Daniel Noboa Azín, Presiden Ecuador
* Lawrence Wong, Perdana Menteri Singapura
* Pham Minh Chinh, Perdana Menteri Vietnam
* Ousmane Sonko, Perdana Menteri Senegal
* Adylbek Kasymaliev, Pengerusi Kabinet Menteri, Republik Kyrgyzstan
*
Lebih 160 pemimpin politik kanan termasuk 40 menteri kabinet dijangka menyertai perbincangan untuk membentuk respons keusahawanan terhadap apa yang Forum panggil sebagai “polikrisis” global.
“Dalam dunia di mana konflik sedang merombak peta globalisasi, inovasi perlu tampil sebagai jambatan kerjasama dan pemangkin pertumbuhan,” kata Børge Brende, Presiden Forum Ekonomi Dunia. “Mesyuarat ini bukan sekadar tepat pada waktunya - ia sangat diperlukan.”
Antara sesi utama yang akan distrim secara langsung kepada umum:
Perdagangan: Arah dan Penghujung
Geopolitik: Naratif Yang Sedang Berkembang
Era AI+
Forum juga akan melancarkan laporan penting termasuk Indeks Peralihan Tenaga, 10 Teknologi Muncul Teratas, dan Masa Depan Pelancongan dan Perjalanan. Pengumuman kumpulan baharu Perintis Teknologi serta pelancaran inisiatif MINDS bagi tadbir urus AI menandakan komitmen Forum terhadap teknologi yang beretika dan berimpak global.
Di sebalik bayang-bayang perang, mesej dari Tianjin jelas, ketahanan dan pembaharuan.
Dalam setiap krisis, sentiasa wujud ruang untuk mereka yang berani memimpin.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami