awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Percantuman Chang'e-5 di orbit bulan berjaya

Bernama
Bernama
07/12/2020
01:07 MYT
Percantuman Chang'e-5 di orbit bulan berjaya
Roket yang membawa jentera pendaki prob Chang'e-5 dilancarkan dari Pusat Pelancaran Angkasa Lepas Wenchang, di Wenchang, wilayah Hainan, China, 24 Nov, 2020. REUTERS
BEIJING:Jentera pendaki prob penyelidikan angkasa lepas China, Chang'e-5 berjaya bercantum dengan roket pengorbit pada 5.42 pagi Ahad di orbit bulan.
Sejurus bercantum, sampel yang dikutip dari bulan oleh jentera itu sebelum ini, turut dipindahkan dengan lancar ke roket pengorbit berkenaan pada 6.12 pagi.
Ia mencatat kejayaan pertama China dalam misi percantuman kapal angkasa lepas di orbit bulan.
Berbanding dengan misi seumpama yang membabitkan kapal angkasa Shenzhou dan makmal angkasa lepas Tiangong-2 pada jarak ratusan kilometer di orbit bumi sebelum ini, misi kali ini cukup mencabar kerana dilakukan di lokasi lebih jauh iaitu beratus ribu kilometer dari Bumi.
BACA: Chang'e-5 milik China berjaya mendarat di bulan
Terkini, roket pengorbit berkenaan, turut berjaya berpisah dengan jentera pendaki prob pada 12.35 tengah hari Ahad.
Roket berkenaan akan terus mengorbit bulan dan menunggu detik sesuai untuk kembali ke Bumi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chang'e-5
#percantuman
#kapal angkasa
#orbit bulan
#bulan
#mendarat di bulan
#China
#roket pengorbit
#sampel
#Shenzhou
#Makmal
#Angkasa Lepas
#pendaki prob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan