INTERNATIONAL
"Perdagangan tidak seharusnya digunakan sebagai senjata" - Warren Buffett

Buffett memberi amaran agar AS tidak bersikap memusuhi dunia luar. - Gambar/ Reuters
SAN JOSE (California): Pelabur terkenal Amerika Syarikat, Warren Buffett mengkritik dasar tarif pentadbiran AS dalam satu mesyuarat pemegang saham pada Sabtu, tanpa menyebut secara langsung nama Presiden Donald Trump, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
- Warren Buffett mengkritik dasar tarif pentadbiran AS dalam mesyuarat pemegang saham, menyatakan bahawa perdagangan tidak sepatutnya dijadikan senjata dan negara yang lebih makmur akan menjadikan Amerika lebih makmur dan selamat.
- Trump mengenakan tarif menyeluruh sekurang-kurangnya 10 peratus ke atas semua import ke Amerika Syarikat, termasuk duti tambahan terhadap pelbagai rakan dagang, yang menyebabkan ketidaktentuan dalam pasaran kewangan dan saham. Tarif khas sehingga 145 peratus dikenakan ke atas barangan dari China, dan Beijing pula mengenakan tarif hingga 125 peratus terhadap produk Amerika.
- Buffett memberi amaran agar AS tidak bersikap memusuhi dunia luar, menyatakan bahawa adalah satu kesilapan besar jika 7.5 bilion orang tidak suka kepada Amerika dan 300 juta rakyat Amerika berbangga tentang betapa hebatnya mereka.
Trump mengenakan tarif menyeluruh sekurang-kurangnya 10 peratus ke atas semua import ke Amerika Syarikat, termasuk duti tambahan terhadap pelbagai rakan dagang, yang mencetuskan ketidaktentuan dalam pasaran kewangan dan saham.
Walaupun sebahagian tarif itu digantung bagi memberi ruang kepada rundingan perdagangan, AS masih mengekalkan tarif khas sehingga 145 peratus ke atas barangan dari China. Sebagai tindak balas, Beijing pula mengenakan tarif hingga 125 peratus terhadap produk Amerika.
Menurut laporan, langkah itu menyebabkan banyak pihak di seluruh dunia menilai semula hubungan mereka dengan Washington, selain kemungkinan berlaku gangguan rantaian bekalan di Amerika.
Buffett turut memberi amaran agar AS tidak bersikap memusuhi dunia luar.
"Jika 7.5 bilion orang tidak suka kepada anda dan 300 juta pula berbangga tentang betapa hebatnya mereka, itu adalah satu kesilapan besar.
"Saya tak fikir ia sesuatu yang betul - dan saya juga tak fikir ia sesuatu yang bijak," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami