LEBIH 4,000 penduduk yang menduduki kawasan sempadan Mae Sot, Myanmar telah melarikan diri ke Thailand susulan pergolakan yang berlaku antara tentera junta dengan etnik Karen.

Menurut tentera Thailand, jumlah itu turut merangkumi 2,500 penduduk yang melarikan diri ke sempadan Thailand pada Jumaat lalu.

Kejadian sama pernah berlaku pada April lalu apabila ribuan penduduk etnik Karen yang mendiami negeri di wilayah timur itu lari ke Thailand selepas berlaku serangan udara di kawasan mereka.

Kerajaan Thailand bagaimanapun bertolak ansur dengan membenarkan mereka tinggal di negara itu demi perlindungan keselamatan.

Selepas berlakunya rampasan kuasa junta tentera dari pentadbiran pemimpin Aung San Suu Kyi, Myanmar terus melalui beberapa siri keganasan membabitkan penduduk tempatan.

Pergolakan | Lebih empat ribu penduduk Myanmar lari ke Thailand