ZHENGZHOU: Apple Inc memaklumkan penghantaran iPhone 14 Pro dan iPhone Pro Max lebih lewat daripada yang dijangka sebelum ini berikutan perintah berkurung dilaksanakan semula di China.
Memetik laporan BBC, perintah berkurung yang dilaksana memberi kesan sementara terhadap pengeluaran di kilang pemasangan di Zhengzhou.
"Seperti yang telah kami lakukan sepanjang pandemik COVID-19, kami mengutamakan kesihatan dan keselamatan pekerja. Kini kami beroperasi pada kapasiti yang kurang.
"Pelanggan perlu menunggu lebih lama untuk menerima produk baharu mereka," kata kenyataan daripada Apple, yang melancarkan iPhone baharunya September lalu.
Reuters bulan lalu melaporkan, pengeluaran iPhone Apple boleh merosot sebanyak 30 peratus di salah satu kilang terbesar dunia berikutan sekatan COVID-19 di China yang semakin ketat.
Pihak berkuasa China melaksanakan perintah berkurung minggu lalu bagi mencegah penularan COVID-19 di kawasan sekitar kilang iPhone terbesar di dunia yang memaksa para pekerja meninggalkan premis bagi mengelakkan mereka terkurung.
Zon Ekonomi Lapangan Terbang Zhengzhou memulakan perintah berkurung itu selama tujuh hari melibatkan kira-kira 600,000 penduduk di kawasan sekitar.
Pembuat iPhone terbesar Apple Inc, Kilang Foxconn yang beroperasi dalam kawasan itu turut ditutup akibat perintah berkurung.
Astro Awani
Tue Nov 08 2022

Pelanggan perlu menunggu lebih lama untuk menerima produk baharu mereka. - Foto apple.com

Pembangunan infrastruktur, perdagangan digital antara fokus
Pembangunan infrastruktur adalah kunci kepada jalinan perdagangan kedua-dua negara.

Konvensyen Nasional wujudkan keserasian gabungan - TPM
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei di WTC Kuala Lumpur mampu meningkatkan keserasian kepimpinan parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan.

Nasib Ramasamy belum diputuskan
Nasib Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy sama ada akan digugurkan atau sebaliknya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) belum diputuskan kerana senarai calon yang akan mewakili Pakatan Harapan (PH) belum diputuskan.

Lantikan Asyraf Wajdi berdasarkan pengalaman dan kepakaran
Pelantikan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi MARA dibuat atas pengalaman dan kepakaran beliau dalam perbankan Islam.

Majlis iftar rai Anwar di Kemboja
Lawatan rasmi sehari di Kemboja, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka diraikan dalam majlis iftar di negara itu. Jelas Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul kadir, majlis itu turut akan dihadiri kira-kira lima ribu tetamu.

Skuad Harimau Malaya B-22 juarai Merlion Cup 2023
Skuad Harimau Malaya B-22 menjuarai Merlion Cup 2023 selepas menewaskan Hong Kong B-22 2-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam Ahad.

Pembangkang kemuka usul di Dewan Rakyat
Pembangkang akan mengemukakan usul berhubung dakwaan kegagalan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi di Dewan Rakyat. Ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kegagalan yang didakwa tersebut merupakan satu tamparan hebat ke atas Malaysia.

Bengkel motosikal tawar tayar Rahmah RM5
Dengan niat untuk meringankan beban pengguna, terutama golongan B40, sebuah bengkel motosikal di Kajang, Selangor baru-baru ini telah menawarkan jualan tayar motosikal pada harga Rahmah RM5.

Kanak-kanak lelaki cedera tersepit pintu lif
Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun setengah mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh dan tersepit di lubang antara pintu lif dan dinding bangunan, hari ini.

AWANI Ringkas: Kementerian teliti cadangan buka semula kedutaan di negara konflik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Honduras putuskan hubungan diplomatik dengan Taiwan
Honduras telah memutuskan hubungan diplomatiknya dengan Taiwan, menurut Kementerian Dalam Negeri.

Lawatan rasmi PM ke China dijangka teroka kerjasama pelbagai bidang baharu
Kerajaan kedua-dua negara yang mendapat mandat baharu itu mungkin menumpukan kepada bidang pelancongan, kesihatan dan pendidikan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AS perlu kukuhkan kedudukan di rantau Indo-Pasifik - Blinken
AS mungkin tidak dapat menandingi China tetapi akan cuba meningkatkan penglibatan di rantau itu.

China harap rundingan damai Palestin-Israel disambung semula
China memandang berat situasi keselamatan di Tebing Barat yang kian meruncing dan konflik kekerasan yang semakin parah ketika ini.

Xi, Putin mahu krisis Ukraine diselesaikan melalui rundingan damai
Xi dan Putin bersama-sama menandatangani Kenyataan Republik Rakyat China dan Persekutuan Rusia bagi Memperdalam Hubungan Perkongsian Strategik Komprehensif bagi Koordinasi pada Era Baharu.

Aksi ganas atau sebab politik? Tayangan filem seram 'Winnie the Pooh' di Hong Kong dibatalkan
Lembaga penapis kandungan di China sebelum ini sudahpun mula sensitif terhadap watak utama filem itu.

MPOB, universiti China buat kajian biodiesel sawit dalam enjin kenderaan
MPOB sedang bekerjasama dengan Universiti Tsinghua di China untuk menjalankan penyelidikan terhadap kajian lapangan menggunakan biodiesel sawit dalam enjin kenderaan buatan China.

Basikal buluh buatan Sarawak akan masuk pasaran China tahun ini
Basikal buluh akan dibuat menggunakan buluh tempatan dikenali sebagai 'Bambusa Nana' yang kukuh.

China setuju anjur Kejohanan Sepak Takraw Asia 2023, Jun ini
Kejohanan pra-Sukan Asia ke-19 itu bertujuan untuk menguji persediaan negara itu selain mengenal pasti aspek penambaikan yang boleh dilaksanakan.