awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perintah berkurung dilaksana di Afghanistan

Astro Awani
Astro Awani
24/07/2021
23:17 MYT
Perintah berkurung dilaksana di Afghanistan
Perintah tersebit dikecualikan di Kabul, Panjshir dan Nangarhar. - Foto REUTERS
KABUL: Pihak berkuasa Afghanistan menguatkuasakan perintah berkurung pada malam hari di 31 daripada 34 wilayahnya untuk mengekang keganasan Taliban dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.
Kenyataan Kementerian Dalam Negeri menyebut, kekerapan serangan Taliban menyebabkan puak pemberontak berjaya mengawal pintu sempadan, puluhan daerah dan ibu kota wilayah sejak awal Mei.
Justeru itu, kata kenyataan berkenaan, perintah berkurung terpaksa dilaksanakan untuk membendung keganasan dan mengekang pergerakan Taliban dan dikuatkuasakan di 31 wilayah seluruh negara.
Perintah tersebit dikecualikan di Kabul, Panjshir dan Nangarhar.
Jurucakap Timbalan Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zia Zia, dalam satu kenyataan berasingan pula berkata, perintah berkurung itu dilaksanakan bermula jam 10 malam hingga 4 pagi waktu tempatan.
Dengan pengunduran pasukan tentera Amerika Syarikat, kebangkitan Taliban menyaksikan mereka kini menguasai kira-kira separuh daripada 400 daerah di Afghanistan.
Serangan diteruskan selepas reda pada minggu sambutan Aidiladha dengan pihak berkuasa mendakwa sudah membunuh lebih 260 pejuang Taliban dalam tempoh 24 jam di beberapa wilayah.
Khamis lalu, jurucakap Pentagon, John Kirby, berkata berikutan peningkatan pertempuran sejak beberapa minggu lalu, pihak tentera Amerika Syarikat diminta melancarkan serangan udara bagi menyokong tentera Afghanistan menentang serangan Taliban.
Sementara itu, pakar menyatakan kekurangan sokongan Amerika Syarikat sejak Mei lalu terhadap pihak berkuasa Afghanistan di lapangan adalah faktor utama kerajaan kehilangan banyak wilayah kepada Taliban.
Semalam pihak Taliban memberi amaran kepada tentera AS supaya tidak melakukan serangan udara.
Malah, taliban turut memberi amaran kepada kerajaan Afghanistan supaya tidak melancarkan sebarang serangan, sekali gus menegaskan kumpulan itu akan menyerang dan tidak hanya bertahan sekiranya diserang.
Sebelum ini, Taliban menyatakan bahawa pejuang kumpulan itu berada pada kedudukan pertahanan sebagai menghormati sambutan Aidiladha.
Topic Berkaitan
#perintah berkurung
#keganasan
#Taliban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan