BAITULMUQADDIS: Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben-Gvir menegaskan rejim itu tidak terikat dengan sebarang perjanjian damai tajaan Amerika Syarikat (AS) yang tidak menjamin keselamatan negara haram itu.
Ben-Gvir berkata demikian menerusi hantaran di platform X ketika mengulas usaha AS merangka perjanjian melibatkan Iran serta situasi keselamatan serantau, termasuk konflik di Lubnan.
ההסכם של טראמפ אינו מחייב אותנו. ישראל לא כפופה לארצות הברית ואנחנו מדינה עצמאית וריבונית!
חובתנו לאזרחי ישראל לחיילי צה״ל ולעם היהודי וחובתנו ההיסטורית לנרדפים ולנרצחים היהודים באלפי שנות גלות, להעניק ביטחון ליהודים בארץ ישראל.
בכל פעם שנכנענו ללחץ בינלאומי על חשבון ביטחון…— איתמר בן גביר (@itamarbengvir) June 15, 2026
Menurut Ben-Gvir, Israel merupakan "negara berdaulat" dan tidak tertakluk kepada tekanan pihak luar.
“Kami bukan rakan kepada perjanjian ini yang tidak menjamin keselamatan kami dan ia tidak mengikat kami dalam apa jua cara.
“Setiap kali kami tunduk kepada tekanan antarabangsa sehingga menjejaskan keselamatan, kami terpaksa membayar harga yang tinggi,” katanya.
Mengulas konflik di Lubnan, Ben-Gvir menegaskan Israel tidak akan berkompromi kecuali dengan pembubaran sepenuhnya kumpulan Hezbollah.
Ben-Gvir turut menegaskan keengganan Israel untuk berundur dari wilayah yang telah ditawan, di samping memberi amaran terhadap sebarang ancaman di sempadan utara.
Walaupun menyatakan penghargaan kepada pentadbiran Presiden AS Donald Trump, Ben-Gvir menegaskan Israel akan menolak sebarang desakan luar yang bertentangan dengan kepentingan rejim itu.