awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan Boeing 737 MAX 9 digantung hingga notis lanjut - FAA

Bernama
Bernama
13/01/2024
08:35 MYT
Perkhidmatan Boeing 737 MAX 9 digantung hingga notis lanjut - FAA
FAA menggantung perkhidmatan sekitar 171 pesawat Boeing 737-9 MAX pada 6 Januari selepas tingkap kabin pesawat penerbangan 1282 Alaska Airlines tercabut ketika melakukan penerbangan. - Foto REUTERS
CHICAGO: Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) menggantung perkhidmatan Boeing 737-9 MAX sehingga pemeriksaan dan penyelenggaraan menyeluruh dijalankan dan data hasil pemeriksaan disemak, menurut FAA menerusi laman sesawangnya pada Jumaat.
Selepas menyemak senarai cadangan pemeriksaan dan arahan penyelenggaraan Boeing, FAA memerlukan data tambahan daripada Boeing termasuk laporan pemeriksaan pintu palam 40 pesawatnya, lapor Xinhua.
Jika arahan pemeriksaan dan penyelenggaraan Boeing diluluskan, pengendali dikehendaki melaksanakannya pada setiap pesawat sebelum ia dibenar menyambung semula perkhidmatan, menurut FAA.
FAA menggantung perkhidmatan sekitar 171 pesawat Boeing 737-9 MAX pada 6 Januari selepas tingkap kabin pesawat penerbangan 1282 Alaska Airlines tercabut ketika melakukan penerbangan.
Agensi itu telah melancarkan siasatan bagi menentukan sama ada Boeing gagal memastikan produk itu mematuhi reka bentuk yang diluluskan dan berada dalam keadaan selamat berdasarkan peraturan FAA.
FAA akan terus membantu siasatan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan terhadap Penerbangan 1282 Alaska Airlines.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Boeing 737-9 MAX
#gantung perkhidmatan
#FAA
#Pentadbiran Penerbangan Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan