Skip to main content

Dunia

Perkhidmatan internet di Iran terputus lebih 84 jam

APTOPIX Iran US Israel
Internet di Iran terputus hampir sepenuhnya selama lebih 84 jam, kata perkhidmatan pemantauan internet antarabangsa NetBlocks. - Gambar fail

MOSCOW: Internet di Iran terputus hampir sepenuhnya selama lebih 84 jam, kata perkhidmatan pemantauan internet antarabangsa NetBlocks, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Metrik menunjukkan Iran kekal di luar talian lebih 84 jam selepas pemadaman internet dikenakan oleh rejim," menurut NetBlocks pada platform media sosial X pada Selasa.

Advertisement

Pada 28 Feb, Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan ke atas beberapa sasaran di Iran, termasuk di Tehran, menyebabkan kerosakan dan orang awam terkorban.

Iran membalas dengan serangan terhadap wilayah Israel, serta ke atas pangkalan tentera AS di seluruh Timur Tengah.

Serangan terhadap Iran berlaku walaupun perbincangan antara Washington dan Tehran mengenai isu nuklear Iran sedang berlangsung di Geneva dengan Oman sebagai pengantara.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI 

 

 

Must Watch Video