awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan rel Singapura antara Joo Koon ke Tuas Link dihentikan sementara

Bernama
Bernama
16/11/2017
01:28 MYT
Perkhidmatan rel Singapura antara Joo Koon ke Tuas Link dihentikan sementara
Dalam kejadian awal pagi Rabu, sebuah kereta api SMRT melanggar sebuah lagi kereta api yang tidak bergerak di stesen Joo Koon, menghala ke barat, ke stesen Tuas Link. - Foto REUTERS
Operasi perkhidmatan kereta api dari stesen Joo Koon ke Tuas Link dalam laluan Timur-Barat dihentikan buat sementara waktu, kata SMRT Corporation, pengendali perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) republik itu.
Dalam makluman terkininya di laman Twitter pagi ini, SMRT berkata perkhidmatan bas biasa dan pengantara percuma beroperasi antara stesen sepanjang hari.
Dalam kejadian awal pagi Rabu, sebuah kereta api SMRT melanggar sebuah lagi kereta api yang tidak bergerak di stesen Joo Koon, menghala ke barat, ke stesen Tuas Link.
Dalam makluman terkini Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) menyatakan 27 penumpang dan dua staf SMRT cedera.
Terdapat lima hentian ke stesen Tuas Link dari stesen Joo Koon.
Laluan Timur-Barat , yang lebih dikenali sebagai 'Green Line' mempunyai 35 stesen bermula dari Tuas Link hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi.
Penemuan awal oleh LTA menunjukkan kereta api pertama meninggalkan Depoh Ulu Pandan dengan ciri perisian perlindungan tetapi ciri itu tanpa disedari dikeluarkan apabila kereta api pertama melepasi sebuah litar isyarat yang rosak.
Kereta api itu kemudiannya tiba di stesen Joo Koon tanpa ciri perlindungan itu, mengakibatkan keretapi pertama memberikan profilnya sebagai kereta api tiga gerabak kepada sistem isyarat yang baharu, bukannya sebagai kereta api enam gerabak.
Natijahnya, kereta api kedua mengesan keretapi pertama sebagai kereta api tiga gerabak dan tersilap anggaran jarak antara kedua-dua kereta api dan mengakibatkan perlanggaran, kata LTA.
Sejumlah 517 penumpang berada di dalam kereta api yang sedang bergerak dalam kelajuan 16km/jam semasa berlanggar dengan kereta api yang tidak bergerak itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#API
#bas
#kereta
#MRT
#Singapura
#SMRT
#Tuas Link
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan