awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Bung Moktar bebas kes rasuah RM2.8 juta
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS menjelang anggaran KDNK suku keempat
Trump umum penubuhan ‘Lembaga Keamanan’ untuk Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkongsian ASEAN-EU penting untuk integrasi ekonomi, daya tahan - Setiausaha Agung ASEAN

Bernama
Bernama
25/09/2025
20:15 MYT
Perkongsian ASEAN-EU penting untuk integrasi ekonomi, daya tahan - Setiausaha Agung ASEAN
Kao ketika ditemu bual selepas Sidang Kemuncak Perniagaan ASEAN-EU 2025 sempena Mesyuarat AEM ke-57 dan mesyuarat berkaitan di MITEC Kuala Lumpur, 25 Sept 2025. -- fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kesatuan Eropah (EU) kekal sebagai rakan kongsi penting dalam memajukan integrasi dan daya tahan ekonomi ASEAN, disokong oleh aliran perdagangan dan pelaburan yang kukuh, kata Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn.
Kao dalam dalam ucapan penutup pada Sidang Kemuncak Perniagaan ASEAN-EU 2025 pada Khamis berkata, sokongan konsisten EU telah memperkasakan ASEAN untuk mengukuhkan ketersambungan, inovasi dan keterlibatan global.
Beliau berkata perniagaan Eropah menawarkan inovasi, standard tinggi dan komitmen yang berterusan terhadap pertumbuhan ASEAN dengan Kaji Selidik Sentimen Perniagaan EU-ASEAN terkini mendedahkan bahawa majoriti syarikat-syarikat di Eropah berpendapat bahawa ASEAN sebagai rantau pertumbuhan paling menarik di dunia dalam tempoh lima tahun akan datang, mengatasi pasaran utama lain.
ASEAN menjadi semakin penting kepada syarikat Eropah, mencerminkan keyakinan terhadap evolusinya menjadi hab pertumbuhan, inovasi dan perkongsian yang dinamik, katanya.
"Syarikat dari Eropah boleh menyumbang dalam mempelbagaikan rantaian bekalan ASEAN, mempercepatkan pendigitalan dan memajukan inisiatif penyahkarbonan termasuk tenaga boleh baharu, kitar semula, perdagangan karbon dan pembuatan mampan," katanya.
Dalam pada itu, Kao juga menekankan bahawa agenda ASEAN yang berpandangan jauh dipandu oleh Wawasan Komuniti ASEAN 2045 dan Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN 2026-2030 akan menumpukan pada memodenkan perjanjian perdagangan, menggandakan saiz ekonomi digital menjelang 2030 dan memangkin pertumbuhan transformatif.
Sidang Kemuncak Perniagaan ASEAN-EU 2025 telah diadakan bersama-sama Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 dan mesyuarat berkaitan di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sidang Kemuncak Perniagaan ASEAN-EU 2025
#Kao Kim Hourn
#Kesatuan Eropah
#ekonomi ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan