awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS perlu mohon maaf kepada tahanan Teluk Guantanamo

Astro Awani
Astro Awani
26/06/2023
23:30 MYT
AS perlu mohon maaf kepada tahanan Teluk Guantanamo
Penunjuk perasaan memakai baju oren adakan protes di hadapan Capitol di Washington DC, Amerika Syarikat. - Foto REUTERS
AMERIKA Syarikat (AS) didesak memohon maaf kepada tahanan di pusat tahanan Teluk Guantanamo.
Desakan dibuat pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyifatkan layanan terhadap tahanan sebagai kejam, tidak berperikemanusiaan di bawah undang-undang antarabangsa.
Kenyataan ini dibuat Fionnuala Ni Aolain selepas melawat pusat tahanan berkenaan.
"Laporan ini mempertahankan hak asasi manusia mangsa keganasan untuk keadilan, prinsip kebertanggungjawaban, dan ketelusan. Tetapi saya mendapati wujud halangan tunggal yang signifikan untuk memenuhi hak asasi mangsa dan mereka yang terselamat, dengan penggunaan kekerasan.
"Penggunaan kekerasan adalah satu bentuk pencabulan ke atas mangsa serangan 9/11. Kerajaan Amerika Syarikat perlu segera menyediakan penyelesaian undang-undang dan menjamin perkara ini tidak berulang," katanya.
Pentagon tidak memberi sebarang maklum balas berhubung kenyataan PBB ini.
Pusat tahanan Teluk Guantanamo diwujudkan pada 2002 oleh Presiden AS ketika itu, George W. Bush, untuk menempatkan suspek militan susulan serangan 11 September.
Jumlah tahanan pernah mencecah 800 orang, sebelum ia mula berkurangan.
Ketika ini baki tahanan di pusat berkenaan hanya sekitar 30 orang.
Presiden Joe Biden sebelum ini memaklumkan mahu menutup fasiliti berkenaan.
Namun beliau tidak mengemukakan pelan spesifik mengenaiknya.
Topic Berkaitan
#Teluk Guantanamo
#pusat tahanan
#mohon maaf
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan