Skip to main content

Dunia

Keberangkatan JD Vance ke Islamabad ditangguh

51746747382_JDVance.jpg
Perancangan asal adalah untuk Vance berlepas pada Selasa bersama menantu Trump, Jared Kushner, serta utusan khas Asia Barat, Steve Witkoff. - Foto fail/AP

WASHINGTON: Perjalanan Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), JD Vance, ke Islamabad bagi pusingan rundingan seterusnya ditangguhkan ketika ketidaktentuan menyelubungi sama ada perbincangan itu benar-benar akan berlangsung.

Presiden Donald Trump sebelum ini berkata dalam satu temu bual pada Isnin bahawa Vance sedang dalam perjalanan ke Islamabad dan dijangka tiba lewat Isnin atau awal Selasa.

Advertisement

Bagaimanapun, pegawai AS kemudiannya segera menjelaskan bahawa Vance masih berada di Washington.

Menurut pegawai berkenaan, perancangan asal adalah untuk Vance berlepas pada Selasa bersama menantu Trump, Jared Kushner, serta utusan khas Asia Barat, Steve Witkoff.

Delegasi itu dijadualkan ke Islamabad hanya sekiranya terdapat petanda jelas bahawa rundingan akan diadakan.

Sumber berkata Washington tidak mahu berdepan situasi memalukan apabila naib presiden terbang jauh ke Pakistan hanya untuk mendapati pihak satu lagi tidak hadir.

Sehubungan itu, rundingan kini ditangguhkan sementara menunggu penjelasan lanjut dan petunjuk awam bahawa Vance benar-benar akan berlepas ke Islamabad.

Pemerhati menyatakan sebarang pergerakan rasmi Vance ke Pakistan mungkin menjadi isyarat bahawa Iran bersedia menghantar wakil ke negara itu untuk rundingan.

Buat masa ini, tiada hasrat untuk Vance berlepas sekiranya tiada peluang mencapai perjanjian.

Walaupun keputusan itu dibuat secara terbuka, pegawai menegaskan banyak usaha diplomatik terus berjalan di sebalik tabir ketika Washington menilai situasi dan prospek rundingan selanjutnya.
 

Must Watch Video