Permintaan penumpang udara naik 5.7 peratus tahun ke tahun - IATA

IATA melaporkan bahawa RPK antarabangsa adalah 7.7 peratus pada November tahun ke tahun dan faktor muatan antarabangsa pada 84 peratus juga merupakan rekod tertinggi pada bulan November. - Foto fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Jumlah permintaan yang diukur hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK), meningkat sebanyak 5.7 peratus pada November 2025 berbanding tempoh sama tahun lepas, manakala jumlah kapasiti diukur mengikut tempat duduk tersedia bagi setiap kilometer (ASK), melonjk 5.4 peratus tahun ke tahun (y-o-y), kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Ringkasan AI
- Permintaan penumpang diukur melalui RPK meningkat 5.7% pada November 2025 berbanding tahun sebelumnya, sementara kapasiti diukur melalui ASK melonjak 5.4% tahun ke tahun menurut IATA.
- Syarikat penerbangan terus memenuhi permintaan penumpang yang meningkat walaupun menghadapi kekangan kapasiti berpunca daripada cabaran dalam rantaian bekalan aeroangkasa.
- Pertumbuhan susut sedikit di semua rantau kecuali Afrika berbanding Oktober 2025; Brazil dan India merupakan pasaran yang paling pesat berkembang, manakala trafik domestik Amerika Syarikat menunjukkan penurunan mungkin disebabkan penutupan kerajaan AS - IATA.
IATA melaporkan bahawa RPK antarabangsa adalah 7.7 peratus pada November tahun ke tahun dan faktor muatan antarabangsa pada 84 peratus juga merupakan rekod tertinggi pada bulan November.
Bagaimanapun, berbanding Oktober 2025, pertumbuhan susut sedikit di semua rantau kecuali Afrika, kata kenyataan itu.
Sementara itu, RPK domestik meningkat 2.7 peratus berbanding November 2024 dan faktor muatan stabil pada 83.2 peratus berdasarkan pengembangan kapasiti sebanyak 2.7 peratus.
"Brazil dan India merupakan pasaran yang paling pesat berkembang. Trafik domestik Amerika Syarikat (AS) merupakan satu-satunya pasaran utama yang menyaksikan penurunan permintaan, mungkin disebabkan oleh penutupan kerajaan AS," katanya.
IATA berkata syarikat penerbangan Asia Pasifik mencapai peningkatan permintaan sebanyak 9.3 peratus tahun ke tahun, kapasiti meningkat 8.7 peratus tahun ke tahun, dan faktor muatan adalah 0.5 mata peratusan lebih tinggi pada 85.8 peratus berbanding November 2024.
"Ketegangan geopolitik menyebabkan trafik antara China dan Jepun perlahan kepada pertumbuhan satu digit buat kali pertama pada 2025," katanya.
Sementara itu, syarikat penerbangan di Eropah mengalami peningkatan permintaan sebanyak 6.8 peratus tahun ke tahun, kapasiti meningkat 6.1 peratus tahun ke tahun dan faktor muatan adalah 0.5 mata peratusan lebih tinggi pada 85.6 peratus berbanding November 2024.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


