PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kepada para pemimpin dunia agar tidak mempolitikkan koronavirus.
Sebaliknya, menurut Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Grebeyesus, virus COVID-19 itu harus menjadi titik penyatuan ideologi politik, dalam usaha mengekang penularannya.
"Saya katakan kepada mereka, baik di Amerika Syarikat (AS) mahu pun di negara-negara lain, anda boleh berbeza pendapat dari segi politik, anda boleh meneruskan persaingan dari segi ideologi politik masing-masing.
"Tetapi tolong, jangan politikkan virus ini. Virus ini sepatutnya menyatukan anda," katanya pada Jumaat, dalam ucapan di Persidangan Keselamatan Munich yang disampaikan secara maya.
Dalam pada itu, Tedros turut mengucapkan terima kasih kepada Presiden AS Joe Biden kerana menyertai semula WHO.
Katanya, keanggotaan AS bukan hanya mengenai dana, tetapi juga mengenai kepimpinan global yang diberikannya.
Pada Mei 2020, presiden AS ketika itu, Donald Trump, mengumumkan menamatkan hubungan dengan WHO.
Katanya, Washington akan sebaliknya menyalurkan dana ke negara lain di seluruh dunia yang memerlukan bantuan kesihatan awam.
Astro Awani
Sat Feb 20 2021

Dalam pada itu, Tedros turut mengucapkan terima kasih kepada Presiden AS Joe Biden kerana menyertai semula WHO. - Gambar fail

Jenayah: Lebih lima sindiket dadah didalangi VVIP
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dedahkan terdapat lebih lima sindiket dadah yang didalangi VVIP bergelar datuk dan tan sri.

Vaksin COVID-19: Denda, kompaun untuk orang potong giliran - Khairy
Kuasa tambahan mungkin diberikan kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba untuk mengenakan kompaun tersebut.

Kawasan berisiko tinggi juga akan diberikan perlindungan vaksin
Individu di kawasan berisiko tinggi juga akan diberikan perlindungan vaksin, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Ibu yang mengandung layak mendapatkan vaksin tetapi...
Ibu yang mengandung layak mendapatkan vaksin tetapi dengan syarat telah menghubungi pakar yang merawat mereka untuk dinilai, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Jangan benarkan sesiapa potong 'queue'
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin sedang mempertimbang untuk tambah kuasa kepada Kementerian Kesihatan untuk beri kompaun kepada mereka yang potong 'queue"

Tiada target bagi angka pendaftaran, tetapi ia masih rendah
"Tiada target bagi angka pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, tetapi ia masih rendah," kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.

Farmasi pandu lalu kurangkan kesesakan di Klinik Kesihatan Oya
Dengan adanya farmasi pandu lalu itu, 300 kehadiran pesakit harian dapat dikurangkan dan memudahkan pungutan ubat biasa di klinik.

1,018 pegawai dan anggota polis Johor dikecualikan terima vaksin COVID-19
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata mereka dikecualikan atas nasihat doktor setelah mengambil kira keadaan kesihatan masing-masing.

"Cuti 55 hari di New Zealand untuk lawat keluarga, ikut prosedur" - Timbalan Menteri Wilayah
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Santhara Kumar jelaskan, percutian beliau selama 55 hari diluluskan Perdana Menteri.

Buletin AWANI Khas: Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin

Trump beri bayangan bertanding semula kerusi Presiden AS pada 2024
Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump membayangkan untuk bertanding semula kerusi presiden pada 2024 menentang Joe Biden selepas mendakwa kemenangannya tidak diakui sebelum ini.

Pembunuhan Khashoggi: AS kenakan sekatan visa sasar warga Arab Saudi
Pentadbiran Joe Biden bagaimanapun tidak pula mengenakan sekatan ke atas Mohammed Salman.

Persidangan Keselamatan: WHO beri amaran jangan politikkan COVID-19
Menurut Tedros, virus COVID-19 itu harus menjadi titik penyatuan ideologi politik, dalam usaha mengekang penularannya.

Biden dijangka umum dana AS$2 bilion untuk inisiatif vaksin pada persidangan G7
Ia bagi meningkatkan usaha membekalkan vaksin ke negara berpendapatan rendah dan sederhana apabila negara-negara kaya didakwa memonopoli bekalan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Trump Plaza Atlantic City dirobohkan
Laporan media antarabangsa melaporkan rata-rata mereka yang hadir sangat teruja untuk menyaksikan momen bersejarah tersebut.

Iran umum enggan beri kerjasama kepada IAEA
Tehran akan menghentikan untuk melaksanakan pendekatan ketelusan secara sukarela, di bawah protokol Perjanjian Nuklear 2015.

ByteDance batal hasrat jual operasi Tiktok di Amerika Syarikat
Pemilik media sosial TikTok membatalkan hasrat mereka untuk menjual syarikat tersebut kepada syarikat tempatan di Amerika Syarikat.

Trump bebas tuduhan: Speaker Dewan sifatkan Senat Republikan 'pengecut'
Nancy Pelosi menyifatkan Senat Republikan sebagai pengecut susulan keputusan perbicaraan mengenai rusuhan di Bangunan Capitol, Washington DC yang membebaskan bekas presiden Donald Trump.

Donald Trump bebas tuduhan hasut penyokong merusuh
Senat Amerika Syarikat membebaskan Donald Trump daripada pertuduhan bertanggungjawab menyebabkan rusuhan di Bangunan Capitol, Washington DC 6 Januari lalu.