awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertama kali dalam sejarah 150 tahun, tumbuhan ini dijumpai di Malaysia

Agensi
Agensi
06/03/2018
08:09 MYT
Pertama kali dalam sejarah 150 tahun, tumbuhan ini dijumpai di Malaysia
Thismia neptunis, merupakan bunga yang hanya terdapat di hutan hujan Borneo, dan dijumpai buat kali pertama dalam masa 150 tahun. Gambar/sosial media.
BUNGA ini tidak mempunyai daun, amat jarang mekar, hidup dibawah tanah untuk sebahagian besar waktu dalam setahun dan memakan cendawan.
Hidupan ini sepertinya berasal dari dunia lain tetapi bunga 'makhluk asing' ini telah dijumpai di hutan hujan Sarawak, Malaysia, lapor portal berita Newsweek.
Akhirnya para saintis berjaya mendapatkan sebuah spesimen bunga ini yang dikenali sebagai Thismia neptunis untuk dikaji dan difahami lebih mendalam.
Pada 1866, seorang ahli botani Itali pernah menjumpai bunga ini yang setinggi 8.89 sentimeter. Ia berwarna kemerah-merahan dengan bahagian seperti 'sesungut' yang keluar dari badannya yang berbentuk seperti cawan.
Saintis menyatakan bahawa bunga Thismia neptunis ini hidup di dalam tanah dan hanya mekar di atas tanah selama beberapa minggu dalam setahun.
Thismia neptunis, direkod sebagai bunga yang hanya terdapat di hutan hujan Borneo, dan dijumpai semula buat kali pertama dalam masa 150 tahun.
Bunga ini merupakan ahli keluarga Thismia genus termasuk dalam 50 spesies bungaan dan merupakan antara yang sudah dianggap pupus.
Thismia neptunis tidak menjalani proses fotosintesis atau mendapatkan nutrisi dari matahari, dengan itu tumbuhan ini tidak memerlukan bahagian hijau seperti daun, sebaliknya mereka hidup di bawah tanah dan 'memakan' cendawan.
Penemuan ini merupakan penemuan yang kedua didokumentasi manusia dan menjadi cabaran saintis untuk mengenal pasti sama ada spesies ini terancam ataupun sebaliknya.
Namun, disebabkan para pengkaji menganggarkan hanya terdapat kurang daripada 50 tumbuhan ini terdapat di dunia, mereka mencadangkan agar disenaraikan sebagai tumbuhan terancam yang kritikal.
Topic Berkaitan
#50 spesis bunga terancam
#Bunga makhluk asing
#Penemuan baharu
#pertama dalam 150 tahun
#Thismia genus
#Thismia neptunis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan