awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertikaian kuasa: Presiden Mesir jumpa hakim

AFP
AFP
27/11/2012
00:13 MYT
Pertikaian kuasa: Presiden Mesir jumpa hakim
Presiden Mesir Mohamed Morsi mengadakan pertemuan dengan barisan hakim kanan negara itu dalam tindakan yang dilihat sebagai cubaan untuk mengendurkan ketegangan berhubung bantahan terhadap isu perebutan kuasa oleh beliau.
Ini adalah krisis politik terburuk negara itu selepas dua tahun sejak kebangkitan rakyat negara itu yang menyaksikan Mohamed dan kerajaan pro Islam mengambil alih pemerintahan.
Perbincangan Mohamed dan hakim juga diadakan ketika kumpulan pembangkang mengugut untuk mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran hari ini.
Mahkamah Mesir dijangka mengeluarkan penghakiman minggu hadapan berhubung perintah dekri yang dikeluarkan Mohamed untuk mengambil-alih semua kuasa pemerintahan.
Sementara itu ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Tahrir di Kaherah bagi memperingati kematian Gaber Salah, seorang anggota Pergerakan 6 April yang meninggal dunia ketika satu tunjuk perasaan.
Dekri yang diisytiharkan Morsi antara lain membenarkan beliau membuat keputusan berkaitan undang-undang yang tidak boleh dicabar badan kehakiman.
Satu tindakan yang dilihat ramai pihak menjurus kepada pemerintahan diktator.
Topic Berkaitan
#Bangkang
#Dekri
#Mesir
#Morsi
#Muslim Brotherhood
#Tahrir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan