KUALA LUMPUR: Tumpuan negara-negara global kini beralih kepada peningkatan pemulihan ekonomi lebih mampan sebagai perlindungan terhadap risiko dalam norma baharu ketika dunia terus mengharungi ketidaktentuan dan penularan semula gelombang pandemik COVID-19, kata Institut Akauntan Berkanun England dan Wales (ICAEW).
Ketua Eksekutifnya Michael Izza berkata, dunia juga berkemungkinan perlu 'hidup' bersama pandemik tersebut dan peralihan kepada kehidupan biasa turut dijangka mencabar, termasuk di negara-negara yang mencatat kadar vaksinasi lebih pesat.
"Era pasca-COVID itu akan lebih didominasi oleh perubahan iklim," katanya dalam ucapan pada Forum Ekonomi Antarabangsa Suku Ketiga 2021 ICAEW secara maya, pada Rabu.
Sesi taklimat ekonomi antarabangsa kali ketiga itu memperincikan keadaan kemampanan negara-negara, menilai rantau yang lebih berisiko terhadap perubahan iklim serta wilayah yang terbukti membuat persiapan terbaik bagi era pasca-COVID-19 ketika dunia bergerak ke arah ekonomi yang mampan.
Menjelaskan selanjutnya, Izza berkata negara-negara di Timur Tengah dan Asia berdepan cabaran hebat namun elemen inovasi serta sokongan kerajaan di negara terbabit juga memberi harapan dari segi menyuntik peluang yang ada.
Sementara itu, Pengarah Perubahan Iklim dan Kemampanan PwC Singapura Lee Bing Yi pula menyifatkan sekarang sebagai masa terbaik untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memberi pertimbangan serius bagi menjadikan kemampanan sebahagian daripada agenda korporat.
Malah, beliau menegaskan adalah penting untuk PKS memanfaatkan pendanaan kerajaan bagi mempertingkat daya saing serta kapasiti demi kemajuan masa depan.
"Sebagai kelompok yang banyak memerlukan bantuan, PKS tiada pilihan kecuali memulakan perjalanan ke arah itu. Namun, ini tidak semestinya melibatkan usaha merombak model perniagaan secara segera atau bertindak drastik.
"Sebaliknya, mulakan langkah kecil tapi berkesan seperti menetapkan sasaran dan buktikan komitmen ke arah kelestarian itu," katanya pada sesi perbincangan panel.
Menurutnya, Singapura misalnya telah melancarkan Skim Geran Pinjaman Hijau dan Berkaitan Mampan pada tahun lepas yang diwujudkan khusus untuk membolehkan sektor PKS mendapat pembiayaan hijau dan mampan.
Usaha itu antara lainnya menumpukan perbelanjaan terhadap usaha melibatkan penasihat bebas aspek kemampanan serta penyedia perkhidmatan penilaian bagi pengesahan ciri-ciri lestari dan hijau pinjaman tersebut.
"Kita turut menyediakan geran latihan dan inisiatif meningkatkan kemahiran bagi membantu mereka berkaitan dari segi latihan. Ini penting memandangkan kedudukan mereka sebagai tulang belakang ekonomi dan membantu seperti melatih pekerja mereka menjadi lebih celik teknologi," katanya.
Seorang lagi panelis yang juga Felo Kanan Dasar London School of Economics, Danae Kyriakopoulou berkata, perubahan iklim sering dilabelkan sebagai elemen mewah untuk tujuan pelaburan syarikat.
"Tanggapan sedemikian perlu segera diubah atau diberi takrifan semula yang penting sebagai usaha pertumbuhan pada abad ke-21.
"Jika ini tidak ditangani, kita sebaliknya akan berdepan dengan impak lebih mahal kerana tidak memberi perhatian terhadap isu itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 14 2021
Era pasca-COVID akan lebih didominasi oleh perubahan iklim, menurut Institut Akauntan Berkanun England dan Wales (ICAEW). - Gambar hiasan/REUTERS
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perubahan iklim dijangka dominasi dunia pada era pasca-COVID - ICAEW
Era pasca-COVID akan lebih didominasi oleh perubahan iklim, menurut Institut Akauntan Berkanun England dan Wales (ICAEW).