NEW Delhi membatalkan peruntukan perlembagaan yang memberi kuasa istimewa kepada sebahagian besar rantau Kashmir.

Pengisytiharan tersebut diumumkan selepas pihak berkuasa Kashmir yang ditadbir India meletakkan sebahagian besar rantau itu dalam perintah berkurung pada Isnin.

Sebelum ini, Jammu dan Kashmir (J&K) yang ditadbir India diberi kuasa istimewa dibawah peruntukan perundangan India pada tahun 1950-an.

Mereka dibenarkan untuk mempunyai perlembagaan negeri sendiri, kuasa perundangan dan eksekutif terhadap kebanyakan rakyatnya.

Mereka juga dilaporkan mempunyai kuasa autonomi yang lebih besar berbanding negeri-negeri lain di India.

Pengisytiharan tersebut diumumkan selepas pihak berkuasa Kashmir yang ditadbir India meletakkan sebahagian besar rantau itu dalam perintah berkurung pada Isnin.

Hanya warga tempatan di negara itu yang dibenarkan untuk memiliki harta atau memegang jawatan dalam kerajannya.

Bagaimanapun semua itu terbatal selepas diumumkan oleh kerajaan persekutuan.

BACA: Presiden India keluarkan dekri, tiada lagi status khas Kashmir

Resolusi itu sebelum ini dilaporkan diperkenalkan oleh Menteri dalam Negeri, Amit Shah kemudian ditandatangani oleh Presiden Ram Nath Kovind dalam satu upacara di India.

Untuk rekod, status khas J&K berpunca dari komposisi demografinya. Ini adalah satu-satunya bahagian di bawah pentadbiran India di mana umat Islam adalah majoriti.

Ini adalah satu-satunya bahagian di bawah pentadbiran India di mana umat Islam adalah majoriti. Foto: Reuters

Ia sebagai keistimewaan dan perlindungan yang diberikan kepada mereka bagi mengurangkan rasa takut terhadap golongan asimilasi yang dipaksa.

Sejak tahun lalu, rantau ini (J&K) diperintah secara langsung oleh kerajaan persekutuan India, yang sekali gus menimbulkan kebimbangan bahawa autonomi Kashmir akan dibatalkan seketika.

Rantau Himalaya itu kembali menjadi tumpuan sejak beberapa hari lalu, beberapa bulan selepas serangan ke atas konvoi separa tentera India didakwa dilancarkan kumpulan berpusat di Pakistan.

Pada Isnin, perintah berkurung muncul ketika pihak berkuasa menghantar puluhan ribu askar tambahan dan menuduh Pakistan punca pertembungan di sempadan kedua-duanya.

Malah, komunikasi terputus dengan rangkaian mudah alih persendirian, perkhidmatan internet dan talian telefon tetap diputuskan, kata seorang wartawan AFP.

Universiti, sekolah dan kolej di Jammu yang dikuasai penduduk Hindi juga diarah tutup dan satu daerah di rantau itu diletakkan dalam perintah berkurung.

Beberapa daerah lain di negeri majoriti Islam itu juga diletakkan di bawah sekatan, lapor media tempatan.

Ketegangan terbaharu itu bermula sejak 10 hari lalu selepas New Delhi menghantar sekurang-kurangnya 10,000 askar. Sumber keselamatan berkata, tambahan 70,000 lagi askar turut dihantar.

Kerajaan memperkenalkan langkah keselamatan lain terhadap dakwaan ancaman keganasan termasuk gesaan menyimpan bekalan makanan dan bahan api.