LUSAKA: Pihak berkuasa Zambia pada Selasa mengumumkan rampasan pesawat persendirian yang membawa wang tunai AS$5.6 juta, 602 kepingan emas dan lima pucuk pistol dengan 126 butir peluru, lapor Anadolu.
10 orang, termasuk enam warga Mesir, seorang Belanda, seorang Sepanyol, seorang Latvia seorang penduduk tempatan ditahan untuk siasatan lanjut.
Bercakap kepada media, Ketua Pengarah Suruhanjaya Penguatkuasaan Dadah Nason Banda berkata pesawat sewa itu, yang terbang dari Kaherah, Mesir, membawa "barangan berbahaya," mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kenneth Kaunda di ibu negara Lusaka kira-kira 7 malam waktu tempatan pada Isnin.
"Bertindak atas maklumat, kami bersama pegawai pelbagai agensi penguatkuasaan menjalankan serbuan mendorong rampasan wang tunai sebanyak AS$5.7 juta, lima pistol, tujuh magazin (untuk memuatkan peluru), 126 butir peluru, 602 kepingan emas seberat 127.2 kilogram (280 paun) dan peralatan penyukat emas," jelas Banda.
Beliau berkata pesawat di mana barang-barang itu ditemui dan sebuah lagi pesawat milik syarikat penerbangan tempatan juga dirampas.
Banda berkata wang itu telah diletakkan dalam simpanan selamat Bank Zambia sementara siasatan berhubung perkara itu diteruskan.
--BERNAMA-ANADOLU
Bernama
Tue Aug 15 2023
Pesawat di mana barang-barang itu ditemui dan sebuah lagi pesawat milik syarikat penerbangan tempatan juga dirampas. - Gambar hiasan
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Pemberi maklumat Boeing ditemui mati beberapa hari selepas beri keterangan
Bekas pekerja Boeing yang lantang menyuarakan kebimbangan mengenai piawaian keselamatan pengeluaran pesawat syarikat itu ditemui mati.
Pesawat Latam Airlines mendarat tanpa tayar di Sao Paulo
Pendaratan selamat dilakukan, dan juruterbang membawa pesawat ke landasan diiringi oleh kenderaan kecemasan.
MAG perkenal 12 pesawat baharu pada 2024, termasuk A330neo pertama pada suku ketiga
Malaysia Aviation Group Bhd (MAG) akan menambah jumlah pesawatnya dengan memperkenalkan 12 pesawat baharu pada 2024, termasuk Airbus 330-900 (A330neo) pertamanya.
Ular masuk pesawat ke Bangkok
Seorang pembantu kapal terbang dilihat cuba menangkap reptilia itu menggunakan botol minuman.
Indonesia tangguh beli Mirage 2000-5 jadi isu besar kempen pilihan raya presiden
Jakarta akan menambah peruntukan bagi proses selenggaraan dan pengubahsuaian untuk pesawat Sukhoi dan F-16 Fighting Falcon sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pesawat Japan Airlines terbakar: Malaysia zahirkan simpati dan ucap takziah
Menurut laporan, kesemua 379 penumpang dan krew penerbangan JAL 516, termasuk 8 kanak-kanak, berjaya diselamatkan, dengan sekurang-kurangnya 17 orang cedera.
Bekas pramugara dedah sindiket curi barang dalam kapal terbang
Pengguna TikTok, Atif Zul berkata, ia kerap berlaku terutama bagi penerbangan dari China dan Hong Kong.
MAG terima penghantaran pertama pesawat Boeing 737-8
MAG berkata pesawat itu sebahagian daripada strategi pemodenan barisan pesawat kumpulan itu bagi meningkatkan pengalaman pelanggan.
Pesawat penumpang mendarat cemas di padang di Siberia
Pesawat itu membawa 167 orang termasuk enam kru dan 23 kanak-kanak.