Skip to main content

Dunia

Pesawat dari Heathrow mendarat cemas di Warsaw susulan ancaman bom

Pihak pengurusan lapangan terbang dalam satu kenyataan memaklumkan tindakan itu diambil selepas menerima maklumat awal mengenai kemungkinan terdapat bahan letupan di dalam pesawat berkenaan. -Foto Facebook Lotnisko Warszawa Modlin

Advertisement

WARSAW: Lapangan Terbang Modlin Warsaw di Poland ditutup selepas sebuah pesawat komersial dari London Heathrow terpaksa melakukan pendaratan cemas susulan ancaman bom pada Selasa.

Pihak pengurusan lapangan terbang dalam satu kenyataan memaklumkan tindakan itu diambil selepas menerima maklumat awal mengenai kemungkinan terdapat bahan letupan di dalam pesawat berkenaan.

Pesawat terbabit berjaya melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang yang terletak kira-kira 40 kilometer di utara pusat bandar Warsaw.

Advertisement

Susulan pendaratan, pasukan keselamatan tempatan dikerah ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan dan pengesahan lanjut terhadap ancaman yang dilaporkan.

Pihak berkuasa Poland kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu atau pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan ancaman tersebut serta motif di sebaliknya.

Must Watch Video

Advertisement