Skip to main content

Dunia

Pesawat Emirates EK201dari Dubai ke New York ubah haluan ke UK

81428585309_295x200.jpg
Pesawat syarikat penerbangan Emirates penerbangan EK201 dari Dubai ke New York dikatakan mengubah haluan menuju ke United Kingdom selepas membuat panggilan kecemasan lapor rt.com.

Pesawat itu dilencongkan atas sebab kesihatan penumpang yang memerlukan rawatan segera.

Terbaru, pesawat itu selamat mendarat di Manchester, UK pukul 2.29 petang waktu tempatan.

Pada masa ini, laman web Flightradar24 menyenaraikan penerbangan yang tertangguh. AirLive.net melaporkan bahawa pesawat itu menuju ke Manchester dan akan mendarat dalam 25 minit.

flight radar

Airbus A380 adalah pesawat dua tingkat, yang merupakan antara pesawat penumpang terbesar di dunia. Ia merupakan  pesawat menyediakan tempat duduk untuk 525 orang dalam konfigurasi tiga kelas biasa atau sehingga 853 orang dalam  semua jenis kelas.

Advertisement

Must Watch Video