awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
Guna air secara berhemah susulan musim kemarau, pengairan padi - PBAPP
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat F-35 terhempas ke laut sejurus berlepas

Astro Awani
Astro Awani
30/11/2021
02:40 MYT
Pesawat F-35 terhempas ke laut sejurus berlepas
Model sama jet pejuang F-35 yang terhempas ketika berlepas dari atas kapal pengangkut pesawat Tentera Laut Diraja HMS Queen Elizabeth. -Gambar hiasan / Twitter Defenseworld
SEBUAH jet F-35 milik tentera United Kingdom (UK) terhempas sejurus berlepas dalam insiden dilapor berlaku awal bulan ini.
Video dramatik kejadian yang tular di media sosial itu memaparkan jet F-35 tersebut terjunam dari tanjakan pada kapal pengangkut pesawat Tentera Laut Diraja HMS Queen Elizabeth.
Rakaman itu turut menunjukkan juruterbang sempat melenting keluar ketika pesawat bernilai £100 juta itu terjunam ke dalam laut.
Well thank God he is still with us! Thats all I can say. pic.twitter.com/YtL6f0BFAm
— Seb H (@sebh1981) November 29, 2021
Difahamkan ketika kejadian, mereka sedang menjalani operasi penerbangan di Mediterranean, lapor BBC.
Video berkenaan menunjukkan jet itu secara tiba-tiba bergerak semakin perlahan apabila sampai ke tanjakan menyebabkan ia tidak dapat berlepas dengan sempurna sebelum terjunam ke dalam laut.
Rakaman dipercayai diambil daripada salah sebuah kamera pengawasan pada kapal pengangkut berkenaan.
Beberapa saat selepas jet itu hilang dari pandangan, sebuah payung terjun dilihat terbuka di hadapan kapal seberat 65,000 tan itu.
Kementerian Pertahanan UK dalam pada itu mengesahkan kejadian dan berkata juruterbang pesawat ditemui selamat.
Kenyataan itu menambah terlalu awal untuk mengulas mengenai rakaman itu dan usaha sedang dijalankan untuk mendapatkan semula pesawat tersebut.
Siasatan itu masih diteruskan namun wujud spekulasi bahawa kemalangan mungkin disebabkan oleh penutup enjin yang masih terpasang pada jet.
Siasatan juga dipercayai menjurus kepada bagaimana rakaman itu boleh tersebar kepada umum.
Topic Berkaitan
#F-35
#jet pejuang terhempas
#kapal pengangkut pesawat
#Tentera Laut Diraja HMS Queen Elizabeth
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan