awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat KLM lakukan pendaratan cemas di Norway

Bernama
Bernama
29/12/2024
11:00 MYT
Pesawat KLM lakukan pendaratan cemas di Norway
Penerbangan KLM KL1204 dari Oslo ke Amsterdam terpaksa melakukan pendaratan cemas di Norway. Semua penumpang dan kru dilaporkan selamat. -Gambar fail/Facebook KLM Royal Dutch Airlines
THE HAGUE: Penerbangan KLM KL1204 dari Oslo ke Amsterdam terpaksa melakukan pendaratan cemas di Norway pada malam Sabtu, dengan semua penumpang dan kru dilaporkan selamat, menurut syarikat penerbangan Belanda pada Ahad, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Penerbangan KLM KL1204 dari Oslo ke Amsterdam terpaksa melakukan pendaratan cemas di Norway. Semua penumpang dan kru dilaporkan selamat.
  • Juruterbang melencongkan pesawat ke Lapangan Terbang Torp Sandefjord selepas bunyi "dentuman kuat" kedengaran di dalam kabin.
  • Pesawat tergelincir dari landasan pada kelajuan rendah sebelum berhenti di kawasan berumput.
  • Polis Norway mengesahkan pesawat membawa 176 penumpang dan enam kru.

Jurucakap KLM memaklumkan kepada media tempatan bahawa bunyi "dentuman kuat" kedengaran di dalam kabin sejurus selepas pesawat berlepas.
Sebagai langkah berjaga-jaga, juruterbang melencongkan pesawat ke Lapangan Terbang Torp Sandefjord, kira-kira 150 kilometer di selatan Oslo.
Pesawat mendarat dengan selamat namun tergelincir dari landasan pada kelajuan rendah sebelum berhenti di kawasan berumput di tepi landasan.
Polis Norway mengesahkan bahawa pesawat itu membawa 176 penumpang dan enam kru, semuanya berjaya dipindahkan dengan selamat.
Menurut jurucakap KLM, semua penumpang telah diberikan kemudahan yang sesuai di lapangan terbang tempatan dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesawat KLM
#KL1204
#Oslo ke Amsterdam
#pendaratan cemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan