awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat latihan pertahanan udara terhempas di tengah Jepun

Agensi
Agensi
14/05/2025
10:44 MYT
Pesawat latihan pertahanan udara terhempas di tengah Jepun
Pesawat latihan T-4 itu yang berlepas dari Pangkalan Udara Komaki, hilang dari radar ketika terbang di ruang udara Bandar Inuyama, Aichi. - Japan Today
TOKYO: Sebuah pesawat latihan Angkatan Pertahanan Udara Jepun (ASDF) dilaporkan terhempas setelah berlepas dari sebuah pangkalan tentera di tengah Jepun.
Portal berita Japan Today melaporkan, kenyataan itu dibuat oleh Ketua Setiausaha Kabinet Yoshimasa Hayashi pada Rabu, namun tidak memberikan butiran lanjut.
Sementara itu, jurucakap Kementerian Pertahanan memberitahu pihaknya sedang mengumpulkan maklumat.
Stesen penyiaran NHK, yang memetik kata pegawai dari Kementerian Pertahanan, melaporkan bahawa pesawat latihan T-4 itu yang berlepas dari Pangkalan Udara Komaki, hilang dari radar ketika terbang di ruang udara Bandar Inuyama di daerah Aichi.
Jabatan Bomba Inuyama menyatakan bahawa terdapat dua orang dalam pesawat berkenaan, dan menerima laporan tentang situasinya yang terhempas ke sebuah tasik. Pihak polis turut berkata, bahan menyerupai minyak dilihat terapung di permukaan tasik itu.
Pihak ASDF kini sedang menjalankan siasatan terperinci berkaitan insiden itu.
Topic Berkaitan
#pesawat terhempas
#Jepun
#ASDF
#pangkalan tentera
#inuyama
#Aichi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan