awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat peribadi terbengkalai bertukar menjadi vila mewah

Faida Rahim
Faida Rahim
13/02/2023
09:56 MYT
Pesawat peribadi terbengkalai bertukar menjadi vila mewah
Selepas melihat potensi perniagaan, Demin nekad mengubah pesawat itu menjadi sesuatu yang benar istimewa. - Facebook Private Jet Villa
BALI: Bagi sebuah pesawat peribadi terbengkalai, agak mustahil untuk kembali ke ruang udara, dibeli oleh syarikat penerbangan lain atau dikitar semula.
Memetik CNN Travel, pelbagai cara dilakukan antaranya mengubah suai pesawat menjadi restoran, muzium, kafe dan lokasi hiburan.
Namun berlainan bagi sebuah pesawat Boeing 737 Mandala Airlines lama dibeli oleh pemaju Felix Demin pada tahun 2021 seterusnya diangkut ke sebuah lokasi terpencil di Bali.
Pesawat peribadi lama ini dilaporkan diubah suai menjadi sebuah vila dua bilik tidur dilengkapi sebuah kolam renang. Ia diberi nama Private Jet Villa by Hanging Gardens.
Vila yang terletak 150 meter di puncak tebing berhampiran Pantai Nyang-Nyang di Pulau Bali, Indonesia tersedia untuk disewa bermula April dengan harga sekitar $7,000 (RM30,509) semalam.
Demin juga pemilik rangkaian hotel Bubble Bali berkata pada awalnya dia mempertimbangkan membeli pesawat persendirian untuk kegunaan peribadi.
Tetapi selepas melihat potensi perniagaan, Demin nekad mengubah pesawat itu menjadi sesuatu yang benar-benar istimewa.
"Malah sebelum membelinya, saya fikir mungkin mustahil untuk mengubah menjadi beberapa jenis objek unik dan memutuskan untuk menumpukan perhatian pada penciptaan vila,” katanya dia menemui 20 atau lebih pesawat serupa yang terletak di sekitar Indonesia.
Namun begitu, Denim mengakui mengangkut pesawat dari lokasinya di Bali ke puncak tebing bukanlah tugas mudah.
“Kami terpaksa 'memisahkannya' selepas berunding dengan pasukan Boeing. Kami telah melonggarkan 50,000 bolt,” jelasnya.
View this post on Instagram
A post shared by Private Jet Villa by Hanging Gardens (@privatejetvilla)
Menurut Demin yang telah menetap di Bali selama kira-kira lapan tahun, keseluruhan proses itu mengambil masa dua bulan perancangan manakala proses pengangkutan melibatkan dua kren, platform besar, pelbagai pakar serta bantuan pengiring polis.
Topic Berkaitan
#boeing 737
#pesawat lama
#Felix Demin
#villa Bali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan