awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat ringan mendarat di tengah-tengah jalan raya

Agensi
Agensi
03/08/2019
00:47 MYT
Pesawat ringan mendarat di tengah-tengah jalan raya
Menerusi satu rakaman video, juruterbang dapat dilihat melompat keluar dari pesawat selepas berjaya melakukan pendaratan cemas sebelum menarik kenderaan udara itu ke tepi. Kejadian berlaku di Washington, Amerika Syarikat pada 3 Ogos. Gambar CNN
Seorang juruterbang bernasib baik apabila berjaya melakukan pendaratan cemas secara dramatik di tengah-tengah jalan raya dalam satu kejadian di sini pada Sabtu.
Pesawat itu yang dikendalikan oleh David Acklam dilaporkan mengalami masalah pada enjin menyebabkannya tersasar dari lokasi mendarat.
Menurut CNN, kejadian itu secara tidak langsung sempat dirakam sebuah kereta peronda yang dipandu Clint Thompson.
Dalam insiden itu, Thompson yang sedang memandu di sekitar Pacific Avenue South mendapati pesawat jenis KR2 itu terbang dalam keadaan yang sangat rendah dan semakin mendekati jalan raya.
Tanpa membuang masa, lelaki itu terus menyalakan siren di kereta peronda untuk menyekat laluan agar pesawat itu mudah mendarat.
“Thompson kebetulan berada di lokasi yang tepat dan melihat pesawat itu hampir membuat pendaratan cemas,” kata jurucakap Washington State Petrol, Johnna Batiste.
Dalam pada itu, Acklam menerusi satu rakaman video dilihat melompat keluar dari pesawat selepas berjaya melakukan pendaratan cemas sebelum menarik kenderaan udara itu ke tepi.
"Saya ingin berterima kasih pada Thompson atas apa yang telah dilakukannya.
"Dia bukan sekadar menyelamatkan saya daripada kecederaan atau kematian, malah orang ramai di sekitar kawasan berkenaan,” katanya.
Topic Berkaitan
#David Acklam
#Johnna Batiste
#kereta peronda
#masalah enjin
#melompat keluar dari pesawat
#mendarat atas jalan
#pendaratan cemas
#pesawat ringan
#tersasar
#Washington
#Washington State Petrol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan