awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat terhempas di tasik Tanzania, 19 maut

Astro Awani
Astro Awani
06/11/2022
22:45 MYT
Pesawat terhempas di tasik Tanzania, 19 maut
Pasukan penyelamat cuba membawa keluar pesawat Precision Air yang terhempas ke dalam Tasik Victoria. - Foto REUTERS
BUKOBA: Sekurang-kurangnya 19 orang maut dalam insiden sebuah pesawat terhempas ke dalam Tasik Victoria ketika cuba mendarat di lapangan terbang Tanzania.
Ciapan stesen penyiaran yang memetik seorang pegawai tempatan, tidak mengesahkan angka kematian itu daripada syarikat penerbangan terbabit, Precision Air.
Sebelum ini, Precision Air memaklumkan, sekurang-kurangnya 26 mangsa berjaya diselamatkan ketika itu.
Menurut syarikat penerbangan itu, pesawat PW494 berkenaan membawa seramai 39 penumpang meliputi seorang bayi, serta empat kru termasuk juruterbang.
Punca kejadian belum dikenal pasti, namun badan penyiaran Tanzania Broadcasting Corporation (TBC) melaporkan insiden berlaku ketika ribut dan hujan lebat.
Seorang saksi memberitahu TBC, pesawat itu dilihat terbang dalam keadaan tidak stabil dalam cuaca buruk ketika menghampiri lapangan terbang berkenaan, sebelum terhempas ke dalam tasik.
Topic Berkaitan
#pesawat terhempas
#Precision Air
#Tasik Victoria
#cuaca buruk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan