awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat 'terlalu berat' untuk berlepas, terpaksa tinggalkan penumpang di landasan

Astro Awani
Astro Awani
08/07/2023
12:14 MYT
Pesawat 'terlalu berat' untuk berlepas, terpaksa tinggalkan penumpang di landasan
Pesawat EasyJet dari Lanzarote ke Liverpool telah melepasi syarat berat selamat untuk berlepas, sekali gus memaksa juruterbang meminta sejumlah penumpang untuk turun dari pesawat secara sukarela. -Gambar fail/EPA
LANZAROTE: Sebuah pesawat penumpang Britain terpaksa meninggalkan 19 penumpang di landasan selepas didapati terlalu berat untuk berlepas dengan selamat.
Dalam kejadian yang jarang berlaku itu, pesawat EasyJet dari Lanzarote ke Liverpool melepasi syarat berat selamat untuk berlepas, sekali gus memaksa juruterbang meminta sejumlah penumpang untuk turun dari pesawat secara sukarela.
Menurut laporan media tempatan, penerbangan dari Lapangan Terbang Lanzarote di Sepanyol ke Lapangan Terbang John Lennon di Liverpool itu sepatutnya berlepas pada jam 9.45 malam (waktu tempatan) pada Rabu, namun ditangguhkan kerana masalah itu.
Dalam video yang tular di media sosial, juruterbang memaklumkan tiga masalah utama yang menjadi punca kepada kelewatan penerbangan pesawat itu -- berat, landasan pendek, serta keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.
"Terima kasih semua kerana tiba di sini hari ini. Kerana terdapat begitu ramai penumpang kali ini, pesawat ini menjadi agak berat.
"Keadaan pesawat yang berat serta landasan yang agak pendek dan cuaca yang tidak mengizinkan di sini di Lanzarote, bermakna pesawat itu terlalu berat untuk berlepas," kata juruterbang dalam video tular tersebut.
Juruterbang kemudian mencadangkan langkah untuk meringankan pesawat di mana dia meminta kira-kira 20 penumpang untuk secara sukarela meninggalkan pesawat dengan insentif €500 (kira-kira RM2,560).
“Jika boleh, saya ingin meminta sehingga 20 penumpang secara sukarela memilih untuk tidak terbang ke Liverpool malam ini.
“Insentif akan diberikan jika ada yang setuju secara sukarela.
"Jumlah yang dinyatakan oleh Easyjet adalah sehingga €500 bagi setiap penumpang yang sanggup tidak terbang malam ini," kata juruterbang itu lagi.
Setelah beberapa ketika, akhirnya seramai 19 penumpang bersetuju untuk turun dari pesawat dan masuk semula ke lapangan terbang.
Topic Berkaitan
#19 penumpang turun ke landasan
#pesawat terlalu berat
#Lanzarote ke Liverpool
#turun secara sukarela
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan