awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat Trigana Air tergelincir dari landasan di lapangan terbang Papua Indonesia

Bernama
Bernama
09/09/2024
09:40 MYT
Pesawat Trigana Air tergelincir dari landasan di lapangan terbang Papua Indonesia
Keadaan pesawat ATR 42-500 milik Trigana Air yang tergelincir dari landasan di Lapangan Terbang Stevanus Rumbewas Serui di Pulau Yapei, Papua, pada Isnin. -FB Pace Brewok
JAKARTA: Sebuah pesawat ATR 42-500 milik Trigana Air tergelincir dari landasan di Lapangan Terbang Stevanus Rumbewas Serui di Pulau Yapei, Papua, pada Isnin, menurut Kementerian Pengangkutan.

Ringkasan AI
  • Sebuah pesawat ATR 42-500 milik Trigana Air tergelincir dari landasan di Lapangan Terbang Stevanus Rumbewas Serui, Papua, ketika bersiap untuk berlepas ke Lapangan Terbang Sentani.
  • Semua 42 penumpang dan enam kru selamat, walaupun ada yang mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Serui.
  • Punca kejadian masih dalam siasatan, dan Unit Operasi Lapangan Terbang diarahkan untuk memantau serta menyelaras tindak balas terhadap insiden ini.

Pesawat itu, dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Sentani dan membawa 42 penumpang dan enam kru, terbabas ketika bersiap sedia untuk berlepas pada 10.40 pagi waktu tempatan.
Ketua Pengarah Pengangkutan Udara, Maria Kristi Endah Murni menyatakan laporan awal mengesahkan semua penumpang dan anak kapal selamat, walaupun ada yang mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Serui.
"Punca pesawat tergelincir masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menjelaskan pesawat itu mendarat pada 10.19 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Frans Kaisiepo di Biak dan diparkir pada 10.21 pagi.
Ia mula bergerak ke Lapangan Terbang Sentani pada 10.35 pagi tetapi tergelincir ke kiri hanya seminit kemudian, berhenti 1,200 meter dari landasan aktif 28.
Unit Operasi Lapangan Terbang diarahkan untuk terus memantau dan menyelaras dengan semua pihak berkaitan yang terlibat dalam pemindahan dan tindak balas terhadap insiden itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Trigana Air
#pesawat tergelincir
#Lapangan Terbang Stevanus Rumbewas Serui
#Pulau Yapei Papua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan