awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesohor media sosial cari suami kaya

Sinar Harian
Sinar Harian
14/04/2024
01:20 MYT
Pesohor media sosial cari suami kaya
Tangkap layar Karolina membawa kertas bertulis 'mencari suami kaya' di dalam sebuah pesawat. - Foto agensi
MIAMI: Seorang pesohor media sosial mencuri tumpuan warganet apabila dia bertindak berani mencari bakal suami di dalam sebuah pesawat baru-baru ini.
Karolina Geits yang juga seorang model membawa sekeping kertas tertera ayat berbunyi ‘mencari suami kaya’ dan turut mengumumkannya di hadapan penumpang lain.
Dalam satu hantaran di platform TikTok, Karolina dilihat membawa kertas tertera slogan itu semasa berada dalam penerbangan dari Miami ke New York.
Karolina kemudiannya menunjukkan kertas tersebut kepada pramugari bertugas dan meminta izin untuk 'mengisytiharkannya'.
Malah, Karolina turut membawakan kod bar bagi mereka yang berminat mengenanya dengan lebih dekat supaya dapat menghubunginya secara peribadi.
“Hai, kawan-kawan. Nama saya Karolina Geits. Saya sedang mencari seorang suami yang kaya. Saya duduk di kerusi 2E. Marilah jumpa saya kalau awak kaya,” katanya.
Karolina memberitahu, idea tersebut mendapat sokongan penuh daripada kru penerbangan dan juruterbang.
“Mereka sangat menghargai kreativiti saya. Saya amat berterima kasih atas kebaikan kru pesawat dan sokongan semua orang,” ujarnya. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#pesohor media sosial
#bakal suami
#Karolina Geits
#TikTok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan