awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petisyen namakan lapangan terbang kepada nama LKY diserah kepada kerajaan

AFP
AFP
08/04/2015
12:56 MYT
Petisyen namakan lapangan terbang kepada nama LKY diserah kepada kerajaan
Petisyen yang mengumpul 12,481 tandatangan itu telah diserahkan kepada Menteri Pengangkutan Lui Tuck Yew pada Selasa.
Satu petisyen dalam talian untuk menamakan semula Lapangan Terbang Changi Singapura kepada "Lapangan Terbang Antarabangsa Lee Kuan Yew" telah ditandatangani oleh lebih daripada 12,000 orang
Petisyen ini telah dikemukakan kepada kerajaan, kata seorang penganjurnya pada Rabu.
Dalam maklumat terkini di laman web Change.org yang membawa slogan 'Memperingati LKY' berkata, petisyen yang mengumpul 12,481 tandatangan itu telah diserahkan kepada Menteri Pengangkutan Lui Tuck Yew pada Selasa.
Kuan Yew yang meninggal dunia pada usia 91 tahun, 23 Mac lalu adalah merupakan pengasas Singapura dan telah banyak berjasa membangunkan negara itu sehingga menjadi salah sebuah negara yang terkaya di Asia.
Pemergian Kuan Yew diratapi oleh rakyat Singapura dan kerajaan Singapura turut mengumumkan tempoh berkabung selama tujuh hari.
Petisyen itu berkata, menamakan semula lapangan terbang kepada nama Kuan Yew adalah merupakan usaha rakyat bagi membalas jasa Perdana Menteri pertama negara itu dan bagi memberi peringatan kepada generasi akan datang akan semangat dan pengorbanan Kuan Yew.
Lapangan Terbang Changi baru-baru ini telah dinamakan lapangan terbang terbaik di dunia bagi tahun ketiga berturut-turut oleh Skytrax 2015 World Airport Awards di Paris.
Topic Berkaitan
#Lapangan Terbang Changi Singapura
#Lee Kuan Yew
#Lui Tuck Yew
#petisyen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan