awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Bung Moktar bebas kes rasuah RM2.8 juta
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS menjelang anggaran KDNK suku keempat
Trump umum penubuhan ‘Lembaga Keamanan’ untuk Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak berkuasa Afrika Selatan tutup Taman Negara Kruger akibat banjir besar

Agensi
Agensi
16/01/2026
00:20 MYT
Pihak berkuasa Afrika Selatan tutup Taman Negara Kruger akibat banjir besar
Pihak berkuasa Afrika Selatan menutup Taman Negara Kruger kepada pelawat harian pada Khamis selepas beberapa sungai melimpah susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu. - Gambar Reuters
PRETORIA: Pihak berkuasa Afrika Selatan menutup Taman Negara Kruger kepada pelawat harian pada Khamis selepas beberapa sungai melimpah susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.
Keputusan itu diumumkan selepas paras air meningkat secara mendadak dan menenggelamkan sebahagian besar kawasan taman berkenaan.
Menurut South African National Parks (SANParks), pelancong yang sudah menginap di dalam taman dibenarkan kekal berada di sana, kecuali mereka yang berada berhampiran Sungai Letaba yang terpaksa dipindahkan berikutan air sungai yang melimpah ke kawasan penginapan.
Rakaman Reuters menunjukkan kawasan luas taman itu ditenggelami air deras sehingga hanya pucuk pokok kelihatan, manakala beberapa ekor kuda nil dilihat berenang di antara pokok-pokok tersebut termasuk beberapa papan tanda turut menunjukkan banyak jalan telah ditutup.
Fenomena banjir di tenggara Afrika semakin kerap dan teruk berikutan perubahan iklim yang mencetuskan ribut lebih kuat dari Lautan Hindi.
“Air sungai bergerak sangat laju,” kata jurucakap Kruger, Reynold Thakhuli.
Thakhuli memaklumkan bahawa Pintu Gerbang Phalaborwa turut ditutup selama 24 jam bagi memantau keadaan semasa.
Tambah Thakhuli, pihaknya tidak terlalu bimbang terhadap keselamatan haiwan liar kerana kebiasaannya hidupan liar akan bergerak ke kawasan lebih tinggi apabila paras air meningkat.
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#Afrika Selatan
#Taman Negara Kruger
#banjir besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan