Ringkasan AI
- Bandai Namco Entertainment Inc. melaporkan kebocoran data melibatkan kira-kira 346,000 rekod pelanggan akibat akses tanpa kebenaran oleh kontraktor.
- Kebocoran melibatkan maklumat pengguna The Gundam Base Members melalui perkhidmatan e-mel Ymirlink Inc., namun nama, alamat dan nombor kad kredit tidak terjejas.
- Perkhidmatan e-mel digantung serta-merta dan pengguna dinasihatkan berwaspada terhadap cubaan penyamaran identiti serta penipuan pancingan data.
TOKYO: Bandai Namco Entertainment Inc., penerbit utama permainan video Jepun, mengumumkan lewat Selasa bahawa satu daripada kontraktornya mengalami akses tanpa kebenaran, yang mengakibatkan kira-kira 346,000 rekod bocor, lapor Kyodo News.
Maklumat pelanggan daripada The Gundam Base Members, iaitu perkhidmatan berasaskan mata yang membolehkan pengguna mengumpul dan menebus mata untuk mendapatkan barangan, bocor susulan pelanggaran keselamatan yang melibatkan perkhidmatan e-mel yang disediakan oleh kontraktor Ymirlink Inc.
Perkhidmatan e-mel itu digantung serta-merta selepas akses tanpa kebenaran dikesan.
Bandai Namco berkata maklumat seperti nama, alamat dan nombor kad kredit tidak terjejas.
Walaupun syarikat itu belum mengesahkan sebarang penyalahgunaan alamat e-mel yang bocor, pihaknya menggesa pengguna supaya sentiasa berwaspada terhadap cubaan penyamaran identiti dan penipuan pancingan data.
-- BERNAMA-KYODO