awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Sabah lancar pusat kawalan bencana pertama di Malaysia
DUNIA
Trump ugut usir Musk ekoran perselisihan berterusan
MALAYSIA
PTPTN peruntuk RM47.8 juta wang pendahuluan bagi sesi Julai 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Pihak berkuasa Mexico temukan 383 mayat bertindan di krematorium

Agensi
Agensi
02/07/2025
01:20 MYT
Pihak berkuasa Mexico temukan 383 mayat bertindan di krematorium
Pandangan dari dron menunjukkan pihak berkuasa menjalankan siasatan di sebuah krematorium yang didapati menempatkan mayat secara bertindih dalam keadaan tidak bersih. - Gambar Reuters
CIUDAD JUAREZ: Pihak berkuasa Mexico menemui 383 mayat yang telah diawet dan ditinggalkan bertindan tanpa urusan lanjut di sebuah krematorium swasta di Ciudad Juarez, utara Mexico - satu pendedahan mengejutkan yang mencetuskan siasatan terhadap kemungkinan kecuaian serius oleh pengendali premis tersebut.
Menurut Pejabat Peguam Negara Negeri Chihuahua, penemuan mayat-mayat itu berlaku dalam beberapa bilik premis krematorium yang disewa oleh lima rumah pengebumian tempatan selama sekurang-kurangnya lima tahun.
“Sebanyak 383 mayat ditemui - 218 lelaki, 149 wanita dan 16 belum dikenal pasti,” kata Pengarah Perkhidmatan Forensik, Javier Sanchez Herrera.
Mayat-mayat itu dipercayai sudah diawet dan mempunyai sijil kematian, seperti yang disyaratkan dalam protokol pengurusan jenazah.
Pihak berkuasa percaya kebanyakan daripada mayat tersebut telah diuruskan mengikut prosedur sebelum dihantar ke krematorium untuk pembakaran - namun proses itu tidak pernah berlaku.
Lebih merisaukan, terdapat kemungkinan keluarga mangsa telah menerima abu yang bukan milik orang tersayang mereka.
Dalam serbuan itu, dua individu yang dipercayai operator krematorium telah ditahan atas dakwaan berkaitan pengurusan jenazah secara tidak sah, termasuk pengebumian tanpa kebenaran dan pencemaran mayat.
Peguam Negara Negeri Chihuahua, Cesar Jauregui menegaskan, siasatan akan diperluas terhadap pihak berkuasa penguat kuasa tempatan yang mungkin gagal mengawasi operasi krematorium tersebut.
“Kami akan menyiasat tindakan atau kelalaian pihak berkuasa yang sepatutnya mengawasi operasi premis seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan. - Agensi
Topic Berkaitan
#383 mayat
#mayat bertindan
#krematorium
#Mexico
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami