awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak berkuasa Palestin minta AS campur tangan halang Israel serang Rafah

Bernama
Bernama
06/05/2024
21:30 MYT
Pihak berkuasa Palestin minta AS campur tangan halang Israel serang Rafah
Warga Palestin yang melarikan diri dari Rafah selepas tentera Israel mula memindahkan orang awam dari bahagian timur bandar itu, bergerak dengan menaiki kenderaan di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, 6 Mei 2024. REUTERS
RAMALLAH (Palestin): Pihak berkuasa Palestin (PA) pada Isnin melakukan libat urus dengan pihak tertentu secara intensif untuk menghalang rancangan Israel menyerang Bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza.
Tentera Israel mengeluarkan arahan kepada warga Palestin di kawasan kejiranan timur Rafah supaya segera berpindah pada Isnin dan menggesa mereka bergerak ke pekan al-Mawasi di selatan Gaza.
Kira-kira 100,000 orang awam Palestin yang dianggarkan tinggal di kawasan ini akan berpindah, lapor Agensi Anadolu, memetik siaran Radio Tentera Israel.
“Kami meminta pentadbiran AS (Amerika Syarikat) untuk campur tangan bagi mengelakkan pembunuhan beramai-ramai yang akan mengakibatkan kesan serius,” kata PA dalam satu kenyataan.
Pihak berkuasa yang berpangkalan di Ramallah berkata ia menghubungi pihak serantau dan antarabangsa, terutamanya AS “untuk menghalang penaklukan Rafah.”
Rafah menempatkan lebih daripada 1.5 juta orang Palestin yang kehilangan tempat tinggal, yang berlindung daripada serangan Israel sejak 7 Okt lepas. Lebih daripada 34,700 warga Palestin kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terbunuh, selain daripada mengakibatkan kemusnahan.
Hampir tujuh bulan serangan Israel, kebanyakan dari Gaza hanya tinggal runtuhan bangunan mengakibatkan 85 peratus populasinya kehilangan tempat tinggal.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Israel
#Rafah
#Pihak Berkuasa Palestin
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan