Pihak berkuasa Peru merampas 1.150 tan kokain (2,535 kg) pada hari Rabu.

Pakej plastik yang dibungkus secara individu mengandungi gambar-gambar Jaoquin 'Chapo' Guzman dan Pablo Escobar, dua pengedar dadah yang terkenal, untuk menunjukkan kepada pembeli bahawa dadah itu adalah dari jenis berkualiti tertinggi.

Kesemua dadah tersebut dirampas di bandar pantai Chancay, di utara Lima, dan pakej telah dihantar ke Sepanyol.

Presiden Peru, Martin Vizcarra hadir melihat hasil rampasan dadah berkenaan dan memberitahu setiap kilologram dadah tersebut dianggarkan bernilai AS$40,000 dan "seluruh pengiriman itu bernilai AS$45 juta.

12 suspek telah ditahan polis, antaranya warganegara Peru dan Colombia.



Menurut Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah, Peru adalah pengeluar kokain kedua terbesar di dunia selain Colombia.