awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak berkuasa Thailand rampas 1.42 tan 'ice' cuba seludup ke Malaysia

Bernama
Bernama
02/07/2020
16:05 MYT
Pihak berkuasa Thailand rampas 1.42 tan 'ice' cuba seludup ke Malaysia
Pihak berkuasa Thailand merampas 1.42 tan dadah jenis "ice" atau kristal methamphetamine bernilai kira-kira 284 juta baht.
Pihak berkuasa Thailand merampas 1.42 tan dadah jenis "ice" atau kristal methamphetamine bernilai kira-kira 284 juta baht (sekitar RM35 juta) dipercayai untuk diseludup ke Malaysia, di sini awal pagi Khamis.
Pihak berkuasa turut menahan dua warga Thai dari Nakhon Si Thammarat dalam kejadian kira-kira pukul 2.00 pagi (waktu tempatan).
Komander Polis Bahagian ke-9 Lt Jen. Pol. Ronnasilp Phusara berkata semua dadah itu ditemui diisi dalam 35 beg yang diletakkan dalam sebuah treler membawa batang besi dari Bangkok ke Tak Bai, di wilayah Narathiwat.
"Suspek memberitahu bahawa mereka dibayar 600,000 baht untuk menghantar dadah ke Narathiwat. Suspek memberitahu ini merupakan kali kedua mereka membuat penghantaran," katanya pada satu sidang media.
Menurutnya siasatan awal polis mendapati kedua-dua suspek dijadual menghantar dadah dari Bangkok ke Tak Bai di sempadan Thailand-Malaysia untuk diserahkan kepada seorang lelaki bagi tujuan diseludup ke Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangkok
#Dadah
#kristal methamphetamine
#Malaysia
#polis
#siasatan
#suspek
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan