awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilihan raya India melibatkan 814 juta pengundi bermula hari ini

Astro Awani
Astro Awani
07/04/2014
03:14 MYT
Pilihan raya India melibatkan 814 juta pengundi bermula hari ini
Sebahagian masyarakat India berbaris untuk menunaikan tanggungjawab mereka di Agartala, wilayah timur utara Tripura. --AP Photo/Saurabh Das
Pilihan raya umum India bermula hari ini dengan proses membuang undi di dua wilayah timur laut iaitu Assam dan Tripura yang membabitkan sembilan fasa selama enam minggu iaitu dari April hingga Mei.
Seramai 814 juta pengundi berdaftar di India yang bermula hari ini, bersiap sedia untuk menunaikan tanggung jawab masing-masing dalam proses demokrasi mega itu yang hanya akan selesai dalam tempoh enam minggu.
Proses membuang undi pada Isnin membabitkan enam kawasan Parlimen iaitu lima di Assam dan satu di Tripura.
Di sebalik tekanan menghadapi proses pemilihan dalam tempoh yang lama itu, pihak berkuasa yakin perjalanan pilihan raya nanti akan lancar.
Semua 930,000 lokasi pembuangan undi sudah dilengkapi mesin undi elektronik buatan sendiri di mana tahap keselamatan turut dipertingkat, bagi menjamin kelancaran proses pilihan raya.
Isu keselamatan perlu dititik beratkan kerana India masih terdedah dengan ancaman puak pemberontak di negeri-negeri di utara dan timur laut, lantas menyebabkan beratus ribu anggota tentera dikerah untuk menjaga keselamatan pusat pembuangan undi.
Sementara itu, suruhan jaya pilihan raya memaklumkan jumlah pengundi yang layak mengundi bertambah 100 juta orang, iaitu menyamai populasi Filipina.
Sebanyak 543 kerusi dipertandingkan dan mana-mana parti perlu mendapatkan 272 kerusi untuk membentuk kerajaan.
Pilihan raya umum itu akan berakhir pada 12 Mei dan keputusan dijangka diumumkan pada 16 Mei.
Topic Berkaitan
#India
#pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan