Amerika Syarikat akan menentang mana-mana pihak untuk cuba campur tangan dalam pilihan raya yang diadakan November nanti.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata demikian berikutan wujudnya campur tangan yang dipercayai daripada Rusia dan juga kemungkinan daripada negara-negara lain pada pilihan raya lepas di AS.

“Rusia tidak memberi sebarang kesan dalam undian, tapi sudah pasti wujudnya campur tangan pada pilihan raya lepas dan mungkin juga ada campur tangan daripada negara luar dan individu-individu yang lain,” katanya pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri Sweden, Setphan Lofven pada Selasa.

“Kami menjalankan penelitian yang sangat mendalam mengenainya dan akhirnya kami sebulat suara untuk mencadangkan satu usaha bagi mengatasi apa sahaja bentuk campur tangan yang cuba dilakukan oleh pihak luar.

“Kami akan menentang sekeras-kerasnya,” tegasnya.

Presiden Trump menerima kunjungan Perdana Menteri Sweden Stephan Lofven di White House bagi mengadakan rundingan menenai isu keselamatan dan perdagangan pada hari Selasa.