awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilihan Raya Turkiye: Sinan Ogan sedia jadi 'king maker' dalam pemilihan presiden

Bernama
Bernama
15/05/2023
15:36 MYT
Pilihan Raya Turkiye: Sinan Ogan sedia jadi 'king maker' dalam pemilihan presiden
Ogan berkata beliau "sangat selesa" untuk berperanan sebagai king maker atau penentu keputusan. - Gambar Reuters/Yves Herman
ANKARA: Calon presiden Turkiye Sinan Ogan yang menduduki tempat ketiga dalam pilihan raya pada Ahad, berkata beliau akan menyokong calon presiden yang akan bersaing dalam pusingan penentuan berdasarkan beberapa syarat.
"Kami ada beberapa prasyarat termasuk memerangi keganasan dan kepulangan pelarian Syria, jika ingin mendapatkan sokongan daripada partinya Atanya Alliance," kata Ogan kepada Agensi Berita Jerman dpa.
Pilihan raya pusingan kedua bagi menentukan calon presiden dijangka diadakan pada 28 Mei.
Pada pilihan raya Ahad lalu, Presiden Recep Tayyip Erdogan memperoleh 49.4 peratus undian manakala pencabarnya Kemal Kilicdaroglu mendapat 44.96 peratus undian.
Kedua-dua pemimpin itu memerlukan sokongan Ogan untuk membolehkan mereka memperoleh lebih 50 peratus undi yang diperlukan untuk menjadi presiden.
Pengundian pusingan kedua masih belum diumumkan secara rasmi oleh pihak berkuasa pilihan raya.
"Sekiranya Sinan Ogan tidak menyertai perlumbaan, Erdogan sudah pasti membuat ucapan kejayannya di balkoni malam tadi," kata Ogan.
Ogan berkata beliau "sangat selesa" untuk berperanan sebagai king maker atau penentu keputusan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelarian
#pilihan raya
#Recep Tayyip Erdogan
#king maker
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan