awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilpres 2024: Prabowo didakwa Anies miliki ribuan hektar tanah, Jusuf Kalla tampil beri penjelasan

Agensi
Agensi
11/01/2024
01:40 MYT
Pilpres 2024: Prabowo didakwa Anies miliki ribuan hektar tanah, Jusuf Kalla tampil beri penjelasan
Jusuf Kalla (kiri) mengakui memainkan peranan dalam usaha Prabowo Subianti miliki tanah hasil daripada pembelian kilang kertas pada 2004.
JAKARTA: Naib Presiden ke-10 dan ke-12 Indonesia, Jusuf Kalla tampil memberi penjelasan mengenai bagaimana calon Presiden Indonesia, Prabowo Subianto memiliki ribuan hektar tanah.
Menurut Jusuf, tanah yang dikuasai Prabowo itu merupakan hasil daripada pembelian kilang kertas PT Kiani Lestari milik Bob Hasan pada 2004.
Syarikat berkenaan, tegas beliau, memiliki hutang yang besar dengan Bank Mandiri.
Justeru, jelas Jusuf, beliau memainkan peranan yang dalam usaha Prabowo memiliki tanah tersebut.
Peranan Jusuf ialah adalah dalam memudahkan Prabowo membeli kilang kertas PT Kiani Lestari di Kalimantan.
"Prabowo datang ke pejabat saya dan dia ingin membeli kilang kertas PT Kiani Lestari milik Bob Hasan yang bermasalah di Bank Mandiri.
"Saya telefon Pengarah Urusan Bank Mandiri, Agus Martowardojo. Saya bertanya apakah (PT) Kiani dijual? Berapa harganya?
“Kita jual AS$150 juta dan sudah ada syarikat dari Singapura yang berminat. Jangan' jual ke Singapura, lebih baik dijual sahaja kepada usahawan Indonesia. Kemudian Pak Agus menjawab: "Boleh Pak (Jusuf), asalkan pembayaran dibuat tunai.
“Di hadapan saya ada Pak Prabowo tetapi (pembayaran) harus secara tunai AS$150 juta," kata Jusuf pada Rabu.
Selepas pertemuan itu, Prabowo membuat urusan pembelian kilang Kiani Kertas yang mempunyai tanah untuk hutan industri seluas kira-kira 200,000 hektar.
Sehubungan itu, Jusuf berharap kenyataan ini akan menjawab dakwaan beliau pernah memberikan tanah kepada Prabowo ketika beliau menjadi pemimpin nombor dua dalam kerajaan.
“Saya tak bagi tanah, tapi dia beli, kilang ada permit tanah, tapi di daerah lain,” kata Jusuf lagi.
Pemilikan Prabowo ke atas ribuan hektar tanah menjadi tumpuan baru-baru ini selepas calon Presiden Nombor 1, Anies Baswedan membuat dakwaan sedemikian dalam satu perbahasan.
Pada debat hujung minggu lalu, Anies mendakwa, pesaingnya dalam gelanggang Pilihan Raya Presiden 2024 (Pilpres 2024), Prabowo memiliki 340,000 ribu hektar tanah.
Kata Anies, pemilikan itu merupakan satu ironi kerana ketika seorang Menteri Pertahanan memiliki keluasan tanah sedemikian, separuh daripada jumlah keseluruhan tentera Indonesia pula tidak mempunyai rumah.
Dalam reaksinya, Prabowo menafikan dakwaan berkenaan dan menggelar Anies sebagai ‘bodoh.’
"Ya Allah… ya Allah SWT, aku cuma minta satu perkara sebelum kau panggil aku… aku mahu melihat rakyat aku sejahtera, itu sahaja. Ada juga yang berkias tentang berapa banyak tanah yang mereka miliki, adakah dia (Anies) cerdik atau bodoh?" soal Prabowo pada satu acara beberapa hari lalu. - Agensi
Topic Berkaitan
#Pilpres 2024
#Anies Baswedan
#Prabowo Subianto
#ribuan hektar tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan