JAKARTA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Koordinator bagi Ekonomi Indonesia Airlangga Hartarto percaya dialog strategik ASEAN-Majlis KerjasamaTeluk (ASEAN-GCC) di Forum Ekonomi Sedunia (WEF) penting sebagai momentum dalam mengukuhkan kerjasama ASEAN dan GCC, khususnya bagi perdagangan dan pelaburan.
Kedua-dua pemimpin berkenaan menyertai menteri dari ASEAN dan GCC yang diundang oleh WEF untuk membincangkan dan mengenal pasti bagaimana kedua-duanya boleh meningkatkan kerjasama untuk pertumbuhan mampan di tengah-tengah ketidaktentuan global.
Airlangga dalam satu kenyataan menjelaskan Indonesia, Malaysia dan Laos adalah "Troika" Pengerusi ASEAN tahun ini, iaitu konsep penggiliran pengerusi sesuatu acara bagi memastikan kesinambungan isu-isu yang dibincangkan.
Pengerusi ASEAN 2023 disandang oleh Indonesia bertemakan "Epicentrum of Growth", Laos pada tahun ini bertepatan dengan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC dan Malaysia pula pada tahun depan.
"Oleh itu kerjasama antara wilayah adalah sangat penting, terutamanya berkaitan dengan agenda domestik untuk mencapai Indonesia Emas menjelang 2045 di tengah-tengah kelembapan ekonomi global dan ketegangan geopolitik semasa yang semakin meningkat," katanya.
Beliau turut menyarankan negara-negara GCC menyertai Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) bagi mengukuhkan kerjasama ekonomi yang ditubuhkan oleh ASEAN dan negara-negara rakan kongsi agar menjadi blok perdagangan mega terbesar di dunia.
"Blok perdagangan ini dapat mempermudah pelbagai potensi kerjasama di sektor perdagangan, pelaburan, digital ekonomi, kewangan Islam, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dan pertukaran belia," kata Airlangga.
Menurutnya, pelaksanaan rangka Kerja ASEAN-GCC perlu lebih jelas dan konkrit manakala kerjasama perjanjian perdagangan bebas (FTA) perlu bermula dengan negara-negara GCC sekali gus membuka peluang pelaburan dan perdagangan baharu.
"Sektor pertanian, tenaga dan pelancongan harus diberi fokus termasuk kerjasama dalam bidang peralihan tenaga, penyimpanan karbon, pendidikan, budaya dan industri produk halal yang akan menyumbang kepada peningkatan keselamatan makanan dan tenaga, serta menghantar isyarat kepada dunia bahawa ASEAN-GCC ialah kuasa ekonomi baharu dunia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024
Kedua-dua pemimpin berkenaan diundang oleh WEF untuk membincangkan dan mengenal pasti bagaimana kedua-duanya boleh meningkatkan kerjasama untuk pertumbuhan mampan di tengah-tengah ketidaktentuan global. - Gambar Astro AWANI
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
PM Anwar, Menteri Ekonomi Indonesia sepakat dorong ASEAN-GCC jadi kekuatan ekonomi baharu
Anwar dan Airlangga Hartarto percaya dialog strategik ASEAN-GCC di WEF penting sebagai momentum dalam mengukuhkan kerjasama ASEAN dan GCC, khususnya bagi perdagangan dan pelaburan.
Kerangka kerjasama ASEAN-GCC bersejarah, beri manfaat kepada kedua-dua blok - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Kerangka Kerjasama 2024-2028 antara blok ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) sebagai bersejarah.
Isu Palestin: Malaysia bukan mahu jadi jaguh tetapi tegas bela umat Islam
Ketegasan Malaysia memperjuangkan isu penduduk Palestin yang berterusan dizalimi Israel bukanlah kerana ia mahu menjadi jaguh sebaliknya dilakukan atas dasar tanggungjawab membela umat Islam.