KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Kerangka Kerjasama 2024-2028 antara blok ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) sebagai bersejarah.
"Ini bersejarah dalam erti kata GCC dan ASEAN adalah dua kumpulan serantau kecil yang sangat bertenaga dari segi ekonomi, dan kami menjalin kerjasama ini tanpa pengaruh kuasa besar," katanya dalam wawancara dengan Arab News, di luar Sidang Kemuncak ASEAN-GCC di Riyadh pada Jumaat.
Menurut Anwar, kerjasama strategik itu telah dibincangkan selama bertahun-tahun, sehingga Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman memutuskan untuk menjadi tuan rumah, dengan Malaysia menjadi penyelaras bagi pihak ASEAN.
"Kami menyelesaikan beberapa parameter mengenai bagaimana untuk meningkatkan lagi isu perdagangan dan mekanisme untuk memupuk perdagangan pelaburan," katanya.
Menyentuh mengenai hubungan bilateral dan kerjasama antara Malaysia dan Arab Saudi, Anwar menyifatkan hubungan dan tahap kepercayaan antara Malaysia dan Arab Saudi sebagai 'agak unik' dan berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama itu.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata walaupun beberapa syarikat besar dari Malaysia dan Arab Saudi telah bekerjasama, dengan tumpuan kepada projek infrastruktur termasuk tenaga hijau serta maklumat dan teknologi (IT), kedua-dua negara boleh meneroka bidang yang lebih khusus.
"Saya berpendapat itulah secara amnya mengapa pertemuan seperti ini penting. Sebab itu bukan sahaja Menteri Luar, bahkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri juga (ada) di sini kerana mereka perlu membuat tindakan susulan mengenai bidang khusus yang boleh kita terokai," katanya.
Dengan Arab Saudi kini beralih ke arah sebuah negara moden dengan teknologi, ekonomi yang rancak dan tenaga boleh diperbaharui, Anwar berkata ia merupakan peluang menarik bagi Malaysia dan rantau ASEAN untuk diterokai.
"Kami di Asia telah lama menceburi pelaburan industri, Malaysia, sebagai contoh, telah beralih daripada industri pergudangan kepada penghasilan mikrocip dan kini menerajui bidang itu. Justeru kolaborasi seperti ini sangat berfaedah," katanya.
Dalam satu lagi wawancara dengan akhbar antarabangsa Arab Asharq Al-Awsat, Anwar berkata beliau meletakkan harapan yang tinggi terhadap hasil sidang kemuncak itu dan percaya ia akan mengukuhkan hubungan ekonomi antara GCC dan ASEAN.
Anwar juga berkata kerjasama dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi perlu dikekalkan, memandangkan banyak syarikat Malaysia kini mengambil bahagian dalam projek besar di Riyadh dan zon ekonomi khas NEOM, dalam pelbagai bidang.
"Kerajaan di bawah kepimpinan Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, kini telah melonjakkan pelaburan pembangunan pelaburan dengan cara yang hebat.
"Justeru, Malaysia, seperti yang anda tahu, perlu mengekalkan kerjasama dua hala ini," katanya sambil menambah bahawa Malaysia bersedia untuk memeterai kerjasama baharu dengan Arab Saudi dalam pelbagai bidang, termasuk teknologi hijau.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 22 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Kerangka Kerjasama 2024-2028 antara blok ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) sebagai bersejarah. - BERNAMA
Perkembangan letupan Gunung Ruang, tindakan seterusnya?
Bersama ditalian, Susan Margaret, Ketua Biro Kompas TV Manado.
Pembantu kedai telefon mengaku tidak bersalah sebabkan kematian OKU
Lim Guan Yan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Pengarang, penerbit Astro AWANI syukur dipilih tunai haji tahun ini
Dua pengarang Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Md Salim antara 14 petugas media yang bakal terbang ke Tanah Suci untuk membuat liputan musim haji dan menunaikan ibadah berkenaan.
Microsoft umum pelaburan AI, awan bernilai USD2.2 bilion di Malaysia
Bersama ditalian, Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) UKM, Prof. Dr Sufian Jusoh.
BPT SPRM berperanan kesan kelompongan, ketirisan dalam organisasi
Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) SPRM berperanan menjalankan siasatan bagi mengesan kelompongan dalam tatacara kerja dan mengurangkan ketirisan dalam organisasi.
Pelaburan Microsoft AS$2.2 bilion: Bukti keyakinan global kepada Malaysia - PM
Malaysia menyambut baik keputusan pelaburan dibuat Microsoft bernilai AS$2.2 bilion (RM10.5 bilion).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jumlah ini adalah pelaburan terbesar pada satu-satu masa oleh Microsoft setelah 32 tahun bertapak di Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jumlah ini adalah pelaburan terbesar pada satu-satu masa oleh Microsoft setelah 32 tahun bertapak di Malaysia.
Lelaki warga emas ditemui maut di kawasan kebun getah
Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ketika keluar mencari daun palas Isnin lepas, ditemukan meninggal dunia di kawasan kebun getah di Kampung Guar Sanai, Beseri, Padang Besa, semalam.
AWANI Ringkas: Protest bertembung dengan kumpulan pro-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banyak usaha Kerajaan Perpaduan bantu masyarakat India - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata banyak usaha dilakukan Kerajaan Perpaduan untuk membantu masyarakat India.
Kemalangan dua treler di lebuh raya, semua lorong arah utara terhalang
Susulan kemalangan itu menyebabkan semua lorong arah utara terhalang dan trafik dilencongkan ke Plaza Tol Kuala Kangsar.
PM Anwar, Menteri Ekonomi Indonesia sepakat dorong ASEAN-GCC jadi kekuatan ekonomi baharu
Anwar dan Airlangga Hartarto percaya dialog strategik ASEAN-GCC di WEF penting sebagai momentum dalam mengukuhkan kerjasama ASEAN dan GCC, khususnya bagi perdagangan dan pelaburan.
Kerangka kerjasama ASEAN-GCC bersejarah, beri manfaat kepada kedua-dua blok - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Kerangka Kerjasama 2024-2028 antara blok ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) sebagai bersejarah.
Isu Palestin: Malaysia bukan mahu jadi jaguh tetapi tegas bela umat Islam
Ketegasan Malaysia memperjuangkan isu penduduk Palestin yang berterusan dizalimi Israel bukanlah kerana ia mahu menjadi jaguh sebaliknya dilakukan atas dasar tanggungjawab membela umat Islam.