BEIJING: China akan terus bersinergi dengan semua pihak secara terbuka dan inklusif untuk memberikan sumbangan lebih besar kepada pemulihan ekonomi dunia serta pembangunan dan kemakmuran global, kata Perdana Menteri China Li Qiang.
Li berkata dunia ketika ini masih bergelut dalam usahanya ke arah pemulihan ekonomi.
Beliau menyeru supaya semua anggota G20 meletakkan pembangunan dan kerjasama sebagai keutamaan, di samping menentang amalan mempolitikkan isu pembangunan.
"Perlunya mengambil lebih banyak pendekatan praktikal bagi memastikan konsensus dicapai pada sidang kemuncak G20 di New Delhi dilaksanakan dengan baik.
"Sinergi juga perlu dibentuk untuk menegakkan multilateralisme, memperkasa kolaborasi dasar makro dan lebih prihatin terhadap kebimbangan negara membangun dalam pembaharuan institusi pelbagai hala," kata beliau ketika berucap pada Sidang Kemuncak Pemimpin Kumpulan 20 (G20) secara maya di sini, pada Rabu.
Para peserta sependapat bahawa dalam senario dunia berdepan pelbagai cabaran, semua anggota perlu memaparkan semangat perpaduan dan kerjasama, mengamalkan multilateralisme serta mengintensifkan kolaborasi membabitkan perubahan iklim, ekonomi digital, pembangunan hijau dan kecerdasan buatan (AI).
Sidang kemuncak kali ini dihadiri pemimpin negara anggota G20, pemimpin negara tetamu dan ketua pertubuhan antarabangsa yang berkaitan dan dipengerusikan oleh Perdana Menteri India Narendra Modi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 23 2023
Li berkata dunia ketika ini masih bergelut dalam usahanya ke arah pemulihan ekonomi. - Gambar fail/Bernama
Mendapan tanah: Masjid di Kampung Bawah Bukit masih selamat digunakan - JKR Perlis
Masjid As-Solihin di Kampung Bawah Bukit, Chuping dekat sini masih selamat untuk digunakan orang ramai setakat ini meskipun berlaku mendapan tanah.
Hampir semua 'hotspot' banjir di Kedah dinaiki air - APM
Hampir kesemua 114 lokasi 'hospot' banjir di Kedah dinaiki air dalam kejadian bencana itu yang melanda negeri ini sejak Sabtu lepas.
Kerajaan tangani isu kekurangan beras putih tempatan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, empat strategi utama akan dilaksanakan kementeriannya bagi menyelesaikan isu kekurangan beras putih tempatan (BPT).
Kerajaan pertimbang tamatkan subsidi telur ayam
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, penamatan subsidi itu dapat dimanfaatkan untuk pembangunan sektor agromakanan lain yang lebih mendesak.
Durian Malaysia laris di China, LPNM perlu pikul peranan baharu - Mat Sabu
Fungsi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) perlu diperluas melihat kepada komoditi durian yang mendapat sambutan luar biasa di negara China ketika ini.
AWANI Ringkas: PM ingatkan ASEAN supaya kekal bersatu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sorotan Jelajah Jiwa SME 2024 di Ipoh
#JelajahJiwaSME Program yang dianjurkan oleh #AstroAWANI dengan kerjasama penaja utama Unifi Business telah berjaya menarik lebih 10,000 warga Ipoh termasuk perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) tempatan.
Siri terakhir tahun ini, kami akan ke Shah Alam, Selangor pada 25 hingga 27 Oktober ini!
Ayuh usahawan, tunjukkan potensi perniagaan anda! Untuk maklumat lanjut,layari www.jiwasme.com.my
#JiwaSME #JiwaSME2024
Siri terakhir tahun ini, kami akan ke Shah Alam, Selangor pada 25 hingga 27 Oktober ini!
Ayuh usahawan, tunjukkan potensi perniagaan anda! Untuk maklumat lanjut,layari www.jiwasme.com.my
#JiwaSME #JiwaSME2024
Agenda AWANI: One Year Of Genoside In Gaza
After a year of the genocidal war in Gaza, the conflict has intensified, drawing in multiple countries across the Middle East. What’s next? Tune in to Agenda Awani at 9 PM tonight for an exclusive interview with Dr. Abdullah Waleed, a member of Palestine’s Council on International Relations.
Permohonan Guan Eng mula prosiding hina mahkamah terhadap Wan Fayhsal ditolak
Mahkamah Sesyen menolak permohonan Guan Eng untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Miliki pistol tiruan, Yusoff Rawther didakwa sekali lagi
Bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memiliki dua pucuk pistol tiruan, bulan lepas.
PM China seru anggota G20 utamakan aspek pembangunan
China akan terus bersinergi dengan semua pihak secara terbuka dan inklusif untuk memberikan sumbangan lebih besar kepada pemulihan ekonomi dunia serta pembangunan dan kemakmuran global.