DUNIA
PM Ireland gesa EU kenakan sekatan terhadap peneroka haram Israel, menteri sayap kanan

Martin menekankan bahawa Israel mesti menghentikan sikapnya yang sering merendahkan kewibawaan pihak yang boleh dipercayai yang membangkitkan kebimbangan mengenai Gaza. - Gambar fail/REUTERS
BRUSSELS: Perdana Menteri Ireland Micheal Martin menggesa Kesatuan Eropah (EU) mengenakan sekatan ke atas peneroka haram Israel yang bertindak ganas di Tebing Barat yang diduduki serta dua menteri sayap kanan Israel, Itamar Ben-Gvir dan Bezalel Smotrich atas peranan mereka dalam meningkatkan ketegangan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Bercakap menjelang sidang kemuncak Majlis Eropah di Brussels pada Khamis, Martin menegaskan bahawa EU perlu mengambil tindakan lebih tegas, termasuk mengkaji semula Perjanjian Persatuan dengan Israel bagi memastikan pematuhan terhadap piawaian hak asasi manusia antarabangsa.
Beliau turut mengkritik Israel kerana menolak laporan bebas mengenai situasi kemanusiaan di Gaza, sambil menggesanya supaya memberi perhatian terhadap penilaian objektif dan bukan terus mengecam laporan berkenaan bulat-bulat.
Martin menekankan bahawa Israel mesti menghentikan sikapnya yang sering merendahkan kewibawaan pihak yang boleh dipercayai yang membangkitkan kebimbangan mengenai Gaza.-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami