TOKYO: Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Hirokazu Matsuno bakal dilucutkan jawatannya berikutan laporan beliau menerima rasuah dana politik.

Perkara itu disahkan, Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida.

Berdasarkan laporan media, Parti Liberal Demokratik Jepun (LDP) yang memerintah dan pemimpinnya, Kishida, sedang meniliti laporan dakwaan Matsuno dan ahli berprofil tinggi lain yang menerima lebih daripada 100 juta yen hasil kutipan dana politik.

Difahamkan pendakwa raya Tokyo sedang memulakan penyiasatan selepas sesi Parlimen semasa berakhir pada Rabu.

Matsuno disyaki gagal melaporkan lebih 10 juta yen yang diterimanya dalam tempoh lima tahun lalu daripada puak terbesar dalam LPD.

Bagaimanapun, Matsuno enggan mengulas mengenai dakwaan itu pada sidang akhbar hariannya.