PHNOM PENH: Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen pada Sabtu mengarahkan pihak berkuasa bertindak lebih tegas bagi membanteras semua jenis perjudian haram, termasuk loteri, sabung ayam dan poker.
"Saya mengarahkan semua gabenor perbandaran atau wilayah untuk mengambil tindakan segera bagi menyekat semua jenis perjudian haram," katanya.
Beliau juga memberi amaran untuk memecat mana-mana gabenor atau pegawai perbandaran atau wilayah, yang gagal membendung perjudian haram di kawasan masing-masing, lapor Xinhua.
Hun Sen berkata beberapa ahli perniagaan yang tidak bertanggungjawab menggunakan kedai kopi atau restoran mereka sebagai tempat perjudian haram.
"Mana-mana pemilik kafe atau restoran yang menjalankan perjudian secara haram mesti menghentikannya dengan segera atau perniagaan anda akan ditutup," kata Hun Sen.
Beliau berkata perjudian tidak memberi manfaat kepada ekonomi negara, sebaliknya mengakibatkan mereka yang ketagih berjudi kehilangan harta.
Kumpulan kerja peringat kebangsaan yang diketuai Setiausaha Negara Kementerian Dalam Negeri Sok Phal turut ditubuhkan untuk memantau pelaksanaan arahan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 17 2022
Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen pada Sabtu mengarahkan pihak berkuasa bertindak lebih tegas bagi membanteras semua jenis perjudian haram, termasuk loteri, sabung ayam dan poker. - Gambar fail/REUTERS
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Situasi terkini letusan Gunung Ruang di Sulawesi
Untuk berkongsi perkembangan terkini letusan Gunung Berapi Ruang, di talian secara Google Meet ialah Feri Ariyanto, komunikasi badan nasional pencarian dan pertolongan (Basarnas) Manado Sulawesi.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Fenomena El Nino melanda di Colombia pada penghujung 2023, menyebabkan suhu tinggi dan kemarau.
Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter
Heruningtyas berkata, potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan ketenteraan lanjut
Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bahawa Israel mesti dipaksa untuk menghentikan sebarang operasi ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan Iran.
Penumpang kecewa penerbangan dibatalkan tanpa notis awal
Beberapa penumpang di Lapangan Terbang Sulawesi, Indonesia merungut penrbangan mereka dibatalkan tanpa notis awal susulan gunung berapi Ruang meletus sejak kelmarin sehingga mengeluarkan abu bahaya ke udara sekali gus membahayakan keselamatan.
Amaran tsunami boleh mencapai 25 meter
Badan Geologi, Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia mengingatkan potensi tinggi gelombang tsunami yang diakibatkan oleh letusan Gunung Ruang di Kabupaten Sitaro, Sulawesi Utara mencapai 25 meter.
Banjir di Selangor menurun kepada 364 orang
Banjir di Melaka dan Negeri Sembilan pulih sepenuhnya setakat 8 malam tadi selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
DXB dijangka beroperasi semula dalam tempoh 24 jam
Terminal 1 dan Terminal 3 telah pun memulakan normalisasi secara beransur-ansur, menyebabkan pergerakan lebih lancar, katanya dalam kenyataan kepada Agensi Berita Emirates (WAM).
Bakal jemaah haji tidak ragu-ragu memilih TH
Berdasarkan reputasi dan kewibawaan menguruskan jemaah haji untuk tempoh yang lama, pasangan suami isteri, Azahar Mahamud dan Rohani Abdul Ghani tidak ragu-ragu memilih TH menguruskan mereka secara muassasah bagi musim haji 1445H/2024M.
PM Kemboja arah banteras semua jenis perjudian haram
Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen mengarahkan pihak berkuasa bertindak lebih tegas bagi membanteras semua jenis perjudian haram, termasuk loteri, sabung ayam dan poker.
Polis Klang Selatan lakukan 9 serbuan berkaitan judi haram sejak 1 Dis
Pihaknya sentiasa membuat pemantauan secara berterusan namun masih memerlukan orang awam untuk menjadi mata dan telinga pihak polis.
34 ditahan terlibat judi lumba kuda di kedai makan
Polis menahan 33 individu termasuk seorang penganjur kerana disyaki terlibat dengan perjudian lumba kuda haram dalam satu serbuan di sebuah restoran di kawasan Sungai Buloh, pada Sabtu.
Remaja 17 tahun antara 30 individu dicekup terlibat judi haram
Remaja berusia 17 tahun antara 30 orang ditahan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1958 kerana terlibat aktiviti perjudian haram.