awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Kemboja disahkan positif COVID-19

Bernama
Bernama
15/11/2022
08:00 MYT
PM Kemboja disahkan positif COVID-19
Hun Sen berkata beliau menjalani ujian saringan COVID-19 semasa ketibaannya di Indonesia pada Isnin dan keputusannya positif. - Fail/BERNAMA
BANGKOK: Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen terlepas menghadiri mesyuarat Sidang Kemuncak G20 di Bali selepas diuji positif COVID-19.
Beliau disahkah positif dua hari selepas beliau bertemu para pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan Perdana Menteri China Li Keqiang pada Sidang Kemuncak ASEAN di Phnom Penh, Kemboja.
Dalam kenyataan yang disiarkan di laman Facebooknya, Hun Sen yang juga pengerusi ASEAN berkata beliau disahkan positif COVID-19 sebaik tiba di Indonesia.
Hun Sen berkata beliau tidak mengalami sebarang gejala.
"Kini, saya disahkan positif COVID-19. Untuk tujuan keselamatan, delegasi Kemboja akan pulang pada Selasa," tulisnya sambil menambah beliau diuji setiap hari termasuk sebelum berlepas ke G20 dan keputusannya negatif.
Hun Sen berkata beliau menjalani ujian saringan COVID-19 semasa ketibaannya di Indonesia pada Isnin dan keputusannya positif.
Susulan itu, beliau terlepas untuk pertemuan bersama pemimpin lain termasuk Presiden China Xi Jinping dan Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sidang Kemuncak APEC minggu ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM Kemboja
#positif COVID
#Hun Sen
#Joe Biden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan