awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar 72.52 g methamphetamine, buruh dipenjara 30 tahun, 12 sebatan
Peniaga kuih akok lapan perisa rancang hasilkan produk sejuk beku
Semua pihak perlu main peranan angkat martabat sektor pelancongan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Paetongtarn bentang barisan Kabinet baharu bagi pengesahan diraja minggu ini

Bernama
Bernama
03/09/2024
20:20 MYT
PM Paetongtarn bentang barisan Kabinet baharu bagi pengesahan diraja minggu ini
Barisan Kabinet baharu Thailand dijangka mendapat pengesahan diraja minggu ini, dengan Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra kini memuktamadkan senarai itu. - Gambar Reuters
BANGKOK: Barisan Kabinet baharu Thailand dijangka mendapat pengesahan diraja minggu ini, dengan Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra kini memuktamadkan senarai itu.
Selepas pemeriksaan menyeluruh latar belakang dan kelayakan 35 calon, Paetongtarn akan membentangkan senarai itu kepada Raja Maha Vajiralongkorn untuk pengesahan diraja.
Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai berkata, senarai Kabinet berada di tangan Perdana Menteri Paetongtarn yang akan memutuskan calon mana yang akan memegang setiap jawatan.
Phumtham menyatakan bahawa sebaik sahaja senarai itu dimuktamadkan, ia akan diserahkan kepada Raja untuk kelulusan dan pengesahan.
"Saya percaya mesyuarat Kabinet pertama akan diadakan sejurus selepas baginda mengesahkan senarai itu. Dalam mesyuarat ini, Setiausaha Agung kepada Perdana Menteri yang baharu akan dilantik dan dasar yang akan dikemukakan kepada Dewan Rakyat akan dibincangkan," katanya kepada pemberita sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet, di sini, pada Selasa.
Beliau menjangkakan keseluruhan proses akan selesai menjelang 15 Sept, selepas itu semua menteri yang dilantik akan memulakan tugas mereka dengan segera.
Paetongtarn dipilih oleh Dewan Perwakilan Thailand sebagai Perdana Menteri pada 16 Ogos, menggantikan pendahulunya, Srettha Thavisin, yang dipecat oleh Mahkamah Perlembagaan pada 14 Ogos. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Paetongtarn Shinawatra
#Kabinet Baharu
#Thailand
#pengesahan diraja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan